Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 435

Permohonan & Semakan Keputusan IPG 2016 Online

$
0
0
permohonan maktab 2015

Permohonan online maktab perguruan 2016 bagi memasuki IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online.

Permohonan online mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 10 MAC 2016 di laman web moe.gov.my

Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini.

Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; dan. Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
Antara Kursus Yang Ditawarkan Bagi permohonan IPG 2016 adalah:

  • Sekolah Kebangsaan ( BM, BI, Bhs Cina, Bhs Tamil, Bhs Iban, Bhs Kadazandusun)
  • Sekolah Jenis Kebangssan Cina ( BM, BI, Bhs Cina, P.Islam)
  • Sekolah kebangssan Tamil ( BM, BI, Bhs Tamil, P.Islam)
  • Sekolah kebangsaan pendidikan khas (masalah pembelajaran,pendengaran, penglihatan)
Permohonan akan mula dibuka pada 10 Mac 2016.

Permohonan boleh dibuat di link ini : LINK Permohonan 

Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mac 2016 (11: 59 malam)


  • Semak layak UKCG - 1-14 April 2016.
  • Ujian UKCG berjalan - 10-15 April 2016.
  • Semak sama ada lulus UKCG dan panggilan temuduga  - 2 Mei 2016- 19 Mei 2016.
  • Temuduga berjalan - 9 Mei 2016 - 20 Mei 2016
  • Semakan sama ada berjaya temuduga dan diserap masuk ke IPG - 6 Jun - 13 Jun 2016.
  • Pendaftaran pelajar baru di IPG- 13 jun 2016
    Semua semakan ini bolehlah dilakukan pada pautan berikut:  Semakan IPG 2016



    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 435