Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 435

Doa Selepas Solat yang Ringkas berserta Maksud

$
0
0
Doa selepas solat. Doa merupakan amalan yang dilakukan untuk memohona kemapunan,meminta sesuatu dan bersyukur kepada Allah. Ianya dilakukan selepas menunaikan soalt fardhu mahupun solat sunat.Pada artikel kali ini, dikongsikan doa selepas solat yang mudah diamalkan dan dihafal serta terbaik.

Doa Selepas Solat Ringkas

doa lepas solat ringkas dan terbaik

Doa Ringkas Selepas Solat Dalam Rumi


Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,
Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in.
Allahumma ahyiina bil iman,
wa 'amitnaa bill-iiman,
Waad khilna jannata maal iiman,
Allahumma firhlana zunubana waliwaa lidiinaa warham humaa kama Rab-bayanaa saghiiraa,
Allahummaah timlana bi'khusnil khatimah wala tahtim alaina bisuu iil' khatimah Rab-bana laa tuziq qulubana baqda iizhadaitana wahab lana min ladunkha-rahmah in'naka antal wahab,
Rabbana a'tina fiddun yaa hasanah, wafil a'-khiratil hasanah, waqinaa azabannar ,
Wasallallah hu ala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasabihi wassalam Walhamdulillah hirabbil a'l-amiin.


Maksud doa ringkas selepas solat:



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Doa Ringkas Selepas Solat #2


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَاَلمِيْنَ

اَللَّهُمَّ صَلِّى وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِهِ وَأَصَحْابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا

وَدُعَائَنَا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التّوَّاْبُ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ اجْعَلْ دِيْنَنَا دِيْنَ النَّبِىِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ.

وَإِسْلاَمَنَا إِسْلاَمَ الْمُسْلِمِيْنَ وَإِيْمَانَنَا إِيْمَانَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَصَلاَتَنَا صَلاَةَ الْخَاشِعِيْنَ

وَأَعْمَالَنَا أَعْمَالَ الصَّاْلِحِيْنَ وَنِيَّتَنَا نِيَّةَ الْمُخْلَصِيْنَ.

وَذُنُوْبَنَا يَا ألله ذُنُوْبَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَحَيَاتَنَا حَيَاتَ الْعُلَمَاْءِ وَمَوْتَنَا مَوْتَ الشُّهَدَاْءِ

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ .

رَبَّنَا آتِينَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً  وَفىِ الاْخِرَةِ حَسَنَةً

وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارْ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Doa Selepas Solat #3

teks bacaan doa

Doa Selepas Solat (Ringkas)Terjemahan Bahasa Rumi
Bismillah hir'rahma nirra'him
Alhamdulillah hirob bil a'lamin
Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in
Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo
Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtam alaina bisuu ii' khotimah
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam
Walham dulillah hirob'bil a'lamiin


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.




Jika anda inginkan doa selepas solat rumi, boleh lihat di sini - Doa Ringkas Selepas Solat dalam Rumi

Video bacaan Doa Selepas Solat

Berikut pula adalah video bacaan doa selepas solat yang boleh anda ikuti dan hayati cara sebutan bacaan yang betul.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 435