Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 435

17 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan

$
0
0
Ada di antara anda tidak tahu bahawa jeragat merupakan satu jenis jerawat. Jeragat selalu kelihatan pada muka, terutamanya pada bahagian hidung dan dagu. Jeragat selalunya terbentuk bila terdapat bahagian pada kulit yang tersumbat disebakan oleh pelbagai faktor seperti minyak, kotoran, dan bakteria. Artikel pada kali ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menghilangkan jeragat pada muka terutamanya pada hidung dan dagu.

Sebab Jeragat Terbentuk Pada Muka

Berikut antara penyebab mengapa jeragat terbentuk pada muka.

  • Perubahan Hormon - Jika anda berada dalam fasa akil baligh atau pun fasa perubahan hormon yang lain, anda berkemungkinan besar akan mendapat ketumbuhan jeragat. 
  • Penggunaan produk - Terdapat satu masa, apabila ubat ataupun produk yang anda gunakan bukannya membuatkan kulit anda lebih baik, malahan menjadi sebaliknya.  Heragat mungkin akan terbentuk disebabkan oleh ini.
  • Minyak berlebihan pada pori kulit - Bila muka terl;alu berminyak, ianya menjadikan kulit anda satu keadaan yang kondusif untuk memerangkap bakteria. Ini akan menyebabkan pertumbuhan jeragat dan jerawat pada muka.
  • Sebab lain seperti kulit mati.
hilangkan jeragat

Cara Menghilangkan Jeragat Pada Muka Dengan berkesan

Lambakan produk menghilangkan jeragat terdapat di pasaran . akan tetapi, anda boleh menggunakan cara alami secara natural untuk menghilangkan parut jeragat. Berikut merupakan beberapa petua dari rumah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan jeragat.

1. Cuba Jus Lemon
Lemon dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin C. Selain daripada itu, ianya juga mengandungi komponen lain yang boleh mencantikkan kulit. Ini akan membantu untuk membersihkan kulit dan bebas dari jeragat/

Cara Guna:

  • Potong lemon kepada dua bahagian.
  • Perah jus lemon dan asingkan kulitnya.
  • Ambil kulit yang diasingkan tadi dan sapukan pada muka. 
  • Lakukan ini dua kali seminggu.
ju lemon hilangkan jeragat

2. Gunakan wap stim untuk menghilangkan jeragat.

Ramai yang sedia mengetahui bahawa wap stim selalunya digunakan di pusat rawatan kecantikan dan spa sebelum rawatan facial dilakukan. Poses menahagalakan muka pada wap stim ini dapat membantu untuk membuka ruang pori pada mula. Ini akan memudahkan untuk jeragat dibuang dari muka. Pada masa yang sama, bakteria dan kotoran lain boleh dibuang bagi mmebuatkan kulit lebih lembut dan bersih.

Cara guna:

  • Jerang air.
  • Selepas mendidih, masukkan ke dalam bekas yang bersih.
  • Halakan muka pada bekas tadi.
  • Stim selama lebih kurang 10 minit.
  • Bersihka muka dengan kain bersih.


3. Tepung oat

Di negara luar, banyak sabun yang berasakan oat yang dikeluarkan. Ini kerana oat membantu dalam menyingkirkan kotoran pada muka. Ia membantu membuang kulit mati pada muka dan juga bakteria yang mungkin terdapat pada muka.

Cara Guna:

  • Sediakan tepung oat dan campurkan dengan yogurt asli (tidak berperisa).
  • Campurkan dan sapu pada muka. Biarkan 10-15 minit.
  • Bilas dengan air suam dan kemudian bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali pori
4. Gunakan sapuan gula.

Ramai yang tidak tahu kegunaan lain bagi gula selain digunakan untuk kegunaan biasa seperti pemanis makanan dan minuman. Gula juga dapat menghilangkan kotoran dan bila diletakkan pada muka, ia akan membuang kulit mati serta kotoran yang terperangkap.

Cara guna: 
  • Campurkan madu dan gula untuk membentuk satu pasta.
  • Sapukan pasta tersebut pada muka secara rata.
  • Masajkan keseluruh muka.\Biarkan ia pada muka untuk 10 minit.
  • Kemudian bersihkan dengan kain bersih.
  • Bila saki baki pada muka dengan air.
  • Lakukan ini seminggu sekali.
gula hilangkan jeragat pada muka


5. Epal Cuka Cider 

Jika anda kehabisan toner, tahu tak yang  anda boleh gunakan  apple  cider vinegar. Ia sangat berkesan menghilangkan kotoran  pada mula. Ia juga mengandungi komponen  yang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan oembentukan jeragat dan jerawat,

Cara guna: 
  • Campurkan satu sudu apple cider vinegar dengan secawan air.
  • Menggunakan kapas, sapukan pada muka.
  • Biarkan ia pada muka selama 20 minit.
  • Bila dengan air suam.
hilangkan parut jeragat
6. Menggunakan Strawberi

Anda pasti tidak menyangka strawberi pun boleh termasuk di dalam senarai ini kan.  Sebab utama ianya berkesan menghilangkan jeragat adalah disebabkan oleh teksturnya yang lembut. Ia boleh membantu membuang kotoran yang terperangkap pada kulit. ia juga boleh digunakan untuk membuang kulit mati yang menjadi penyebab utama jeragat.

Cara guna:

  • Hancurkan strawberi sehingga lumat.
  • Letakkan sesudu madu dan gaulkan hingga jadi sedikit likat.
  • Kemudian sapukan pada muka.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Lakukan ini seminggu 2 kali.
7. Jus limau

a seperti jus lemon, jus limau juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang boleh menghilangkan kesan jeragat pada kulit. Jus limau berkesan menghilangkan minyak yang menjadi penyebab tumbuhnya jeragat. Ini akan menjadikan kulit anda licin dan berseri

Cara guna:
  • Campurkan jus limau dengan minyak kacang tanah.
  • Hasilkan satu campuran yang sebati.
  • Sapukan padamuka.
  • Selalula amalkan ini untuk kesan yang terbaik.
8. Basuh muka dua kali sehari.

Jeragat terbentuk bila kulit tersumbat disebabkan oleh beberapa faktor seperti minyak, kotoran dan bakteria. Anda boleh gunakan pencuci muka tidak berminyak untuk membuang kulit mati  dan lakukan ini 2 kali sehari.

9. Gunakan Madu

Madu berkesan dalam menghilangkan jeragat. Madu mengandungi antibaketria dan ianya baik untuk memperbaiki peradaran darah pada kulit untuk membuatkan ianya lembut dan sihat.

madu hilangkan jeragat

10. Aloe vera.

Aloe vera merupakan bahan semualajadi yang berkesan dalam proses penyembuhan luka dan minor burns( melecur). Aloe vera juga boleh membnatu mengurangkan parut luka da juga menghilangkan kesan dari jerawat sepeprti jeragat.

11. Baing Soda

Baking soda merupakan ramuan yang baik untuk menghilangka jeragat keranaianya boleh menghilangkan apa sahaja yang tersumbat pada pori kulit. Campurkan dengan air dan membentuk satu campuran yang pekat, kemudian sapukan pada muka.

12. Yogurt

Yogurt juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat.

13. Ubat gigi

Basuh muka dngan bersih, kemudian ambil ubat gigi dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan campuran tadi pada bahagian muka. Sapu rata kemudian bilas dengan air suam.

14. Tomato

Kupas dan cincang tomato hingga lumat membentuk satu pes. Kemudan sapukan pada bahagian yang mempunyai jeragat seperti hidung. Tunggu selama 30 minit , kemudian bilas dengan air.


tomato hilangkan jeragat
15. Cream Benzoyl Peroxide

Gunakan krim yang mengandungi Benzoyl Peroxide. krim yang mengandungi benzoyl peroxide mampu bertindak sebagai antibakteria. ia akan membunuh bakteria pada permukaan kulit dan membuang kulit mati pada muka. Tetapi diingatkan bahawa jika anda ada alergik terhadap kandungan benzoyl peroxide, jangan gunakan. Apa yang penting dapatkan produk yang selamat digunakan dan mendapat pengesahan KKM. Ealakkan guna produk yang telah diharamkan KKM.

16. Asid salicylic

Asid salicylic membantu membunuh bakteria pada permukaan kulit sama seperti peroxide. Ia juga mampu untuk mengelakakn sebarang benda tersumbat pada pori kulit. 

17. Daun ketumbar

Daun ketumbar mempunyai kebaikan untuk kesihatan yang banyak. Anda boleh gunakan jua daun ketumbar untuk menghilangkan jeragat dan jerawat. Jadikan daun ketumbar ibarat sepeprti masker, dan letakka pada muka selama 30 minit, kemdudian bilas muka dengan air.


Video Cara Hilangkan Jeragat dengan mudah

Berikut dikongsikan satu video menunjukkan bagaimana cara untuk menghilangkan jeragat pada muka dengan berkesan. Anda boleh menonton video ini dan boleh aplikasikan ini di rumah. Video ini berdurasi 1 minit lebih dan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimana menghilangkan jeragat.




Kesimpulan

Kesimpulannya, ini merupakan antar acara yang anda boleh guna unuk menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan pada muka. Pastikan untuk aplikasikan cara ini dengan berterusan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 435