Sukacita dimaklumkan, permohonan Kolej Vokasional 2016 kini dibuka. Permohonan kemasukan ke kolej vokasional bagi sesi 2016 mulai dibuka pada 2 mei 2016.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dialu-alukan untuk mengisi borang permohonan secara online.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dialu-alukan untuk mengisi borang permohonan secara online.
Syarat Permohonan Kolej Vokasional 2016
Berikut adalah syarat permohonan Kolej Vokasional.
Syarat umum permohonan:
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah BantuanKerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yangmerangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran AktivitiJasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan ;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
- Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
- Calon bebas daripada masalah mental ; dan
- Calon berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus permohonan:
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
- dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).
Cara Permohonan Kolej Vokasional 2016
Berikut adalah prosedur permohonan kolej vokasional 2016.
- Masuk ke laman web : https://sptv.moe.gov.my/mohon_ilks/index.cfm
- Masukkan no kad pengenalan.
- isi semua ruangan pada borang online.
Tarikh tutup: 12 Mei 2016
Pertanyaan Mengenai Permohonan Kolej Vokasional
1. Bilakah permohonan online dibuka dan tarikh tutup permohonan ?
Permohonan online dibuka mulai 2 Mei 2016 dan tarikh tutup permohonan pada 12
Mei 2016, jam 11.59 malam.
2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
Program yang ditawarkan ialah Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma
Vokasional Malaysia) di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
3. Nyatakan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang terlibat?
Berikut merupakan ILKS yang terlibat :
- KRU Academy, Cyberjaya , SELANGOR
- Ranaco Marine , TERENGGANU
- Enter Corridor Sdn. Bhd. , Klang, SELANGOR
- PPKS Ilmu Sdn. Bhd., Kuching, SARAWAK
- JT Akademi Sdn. Bhd., Kuching, SARAWAK
- Septronic Skill Training Centre , Bukit Beruntung, SELANGOR
- Asia Pasific Flight Training (APFT) Maintenance Training Sdn. Bhd., Kota Bharu,KELANTAN
4. Apakah bidang dan kursus yang ditawarkan?
Kursus dan bidang yang ditawarkan boleh disemak dalam maklumat ILKS dan kursus
tawar yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan)
5. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?
Syarat umum dan khusus boleh disemak dalam syarat permohonan yang disediakan di
paparan muka hadapan online (info kemasukan)
6. Adakah asrama disediakan?
Asrama disediakan berdasarkan program dan ILKS yang akan ditawarkan serta
bergantung kepada kapasiti asrama.
7. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?
Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat
http://www.moe.gov.my mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016 .
Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi
mendapatkan info terkini.
8. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ?
Tarikh pendaftaran di ILKS ialah pada 13 Jun 2016.
9. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?
Calon boleh hadir terus ke ILKS atau menghubungi pihak ILKS yang terlibat untuk
membuat rayuan mulai 14 Jun hingga 30 Jun 2016.
10. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?
Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kursus di
bahagian info kemasukan.
Carta Alir Permohonan
Berikut adalah carta alir permohonan dibuat.