Perodua kini hadir dengan model terbaru kereta sedan iaitu Perodua Bezza ataupun juga dikenalai sebagai perodua Sedan. Pelancaran rasmi Perodua Bezza ini adalah pada 21 Julai 2016. Brosur Perodua Bezza telahpun berlegar-legar di media sosial. Bagaimanapun, harga belum diumumkan. Ramai yang mengatakan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. (RM35,000-RM50,000)
Spesifikasi Perodua Bezza 2016
Perodua Bezza hadir dengan 2 variasi enjin iaitu 1.0L dan 1.3L. Manakala ianya datang dengan 3 jenis variasi iaitu Bezza Standard G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L) dan Bezza Advance (1.3L).
Satu perkara baharu yang hadir pada model Perodua Bezza ini adalah teknologi Eco Idle (sistem mula henti) . Ianya sama seperti yang terdapat pada Mazda (i-stop).
Saiz Perodua Bezza :
Panjang : 4150m
Lebar: 1620m
Tinggi: 1520m
wheelbase: 2455
Gambar Perodua Bezza
Berikut adalah gambar rasmi Perodua Bezza.