Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 435

Senaman Kempiskan Perut Buncit dan Petua

$
0
0
Perut yang kempis dan tidak buncit kehadapan merupakan idaman setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita. Proses untuk mengempiskan perut bukanlah satu proses yang mudah, tetapi ianya tidak mustahil untuk dicapai. Jika anda mengikut teknik dan petua yang betul, anda pasti dapat mengubah bentuk perut anda. Di sini kami kongsikan cara dan senaman kempiskan perut buncit.
perut buncit


Petua Kempiskan Perut

Antara beberapa petua yang boleh dilakukan anda untuk mengempiskan perut adalah;

Makan malam awal - Ramai orang yang mengempiskan perut dengan berpuasa contohnya model dan selebriti. Tetapi ianya bukanlah perkara yang sihat malah ianya tidak menyeronokkan. Anda boleh mengikut petua tersebut dengan cara yang lebih enjoy, kurang tekanan. Ya, sebenarnya kita berpuasa setiap hari. Semasa kita tidur. Pastikan ambil makan malam anda seawal yang boleh dan berhenti untuk makan apa-apa selepas pukul 8 malam. Selepas itu, pastikan jarak makan malam anda dan makan yang seterusnya esok pagi minimum selama 12 jam.


Mulakan dengan memakan protein pada permulaan makanan anda. Makanan kaya dengan protein akan mengelakkan perut tekejut pada waktu padi . Elakkan untuk keluar pagi bekerja dengan perut kosong. Makan paling kurang 15 gram makanan berprotein.





Senaman Kempiskan Perut

Terdapat beberapa senaman ringkas yang boleh anda lakukan, tidak kira di gim mahupun di rumah.
plank

Plank : Plank merupakan posisi menghadap kebawah dengan tangan dijadikan penghadang. Plank dapat mengaktidkan otot pada perut untuk berkerja keras terhadap ujian ketahanan dan kekuatan.
bot posisi

Posisi bot : Posisi boat adalah keadaan dimana kaki dinaikkan ke atas dalam keadaan duduk, seperti gambar di atas. Posisi ini bukan sahaja akan merangsang otot pada perut bakan pada bahagian lain. Lakukan ini untuk beberapa saat. Cabar daya ketahanan anda
plank side

Plank sisi " Sama seperti posisi plank, tetapi kali ini dalam keadaan mengiring sisi seperti gambar di atas. Lakukan seberapa lama yang boleh.


Produk Kempiskan Perut Buncit

Banyak produk diluar sana yang menjanjikan untuk perut kempis. Adakah ianya berkesan? Ianya diiklonakan seakan-akan ianya pil ajaib yang dapat mengempiskan perut dengan cepat. Hakikatnya, jangan terpedaya dengan pil-pil mahupun produk tersebut. Lakukan senaman, dan jaga pemakanan sudah mencukupi untuk anda mendapatkan perut yang cantik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 435