Tanda dan Gejala Penyakit Anjing Gila (Rabies)
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kes penyakit anjing gila telah melanda di beberapa buah negari di negara kita. Disini, admin nak kongsikan sedikt info mengenai Tanda dan Gejala Penyakit Anjing Gila (Rabies).
Pengenalan
Penyakit anjing gila atau rabbies merupakan satu jangkitan akut dan jangkitan sering berlaku di negara-negara yang sedang pesat membangun. Agen penyebab penyakit ini ialah satu virus yang dinamakan Rabbies yang berasal daripada sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus.
Virus ini boleh berjangkit melalui gigitan atau kesan luka yang dijilat oleh haiwan yang mempunyai virus rabbies.
Virus ini mula membiak seawal 9 hari atau paling lewat 7 tahun. Kebiasannya tempoh virus ini membiak ialah 3 hingga 8 minggu. Sebagai info tambahan, walaupun dikenali sebagai penyakit anjing gila, virus ini juga boleh hidup di dalam badan kucing.
Tanda dan Gejala Penyakit Anjing Gila (Rabies)
Tanda-tanda awal penyakit ini ialah rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan berlaku peruhana deria pada tempat gigitan.
Selain itu, sesetengah akan menjadi takut air (hydrophobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang dialam dan mereka mudah berasa gerun i. Disamping itu, mereka akan mudah berhalusinasi dan takut akan tiupan angin.
Jika keadan menjadi semakin teruk, pesakit boleh mengalami sawan sehingga boleh menyebabkan maut.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda Tanda dan Gejala Penyakit Anjing Gila (Rabies) selepas dijilat atau digigit oleh haiwan peliharaan anda.