Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 435

Tempat tempat menarik di Sabah

$
0
0









 

Tempat-tempat menarik di Sabah
Negeri Sabah memang terkenal dengan kehijauan dan merupakan destinasi pelancong dek kerana mempunyai banyak tempat-tempat menarik di Sabah. Bagi yang meminati tempat-tempat belatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi, di sini admin nak kongsikan sedikit sebanyak tempat yang boleh anda lawat ketika mengunjungi Negeri Di Bawah Bayu ini.


 Tempat-tempat menarik di Sabah

1)      Kinabalu Park

Terletak di Kundasang, sabah dan perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu ini menyajikan pemandangan kehijauan alam yang cukup indah. Kinabalu Park juga merupakan laluan utama bagi mereka yang ingin melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu.


2)      Rainforest Discover Centre

Terlekak di Sepilok Sandakan dan banyak kajian mengenai alam semulajadi Borneo dijalankan disini. Bagi pelawat yang ingin melihat haiwan secara live, anda dikehendaki untuk berjalan kaki di sepanjang denai dan haiwan yang sering kali kelihatan jika bernasib baik ialah pelanduk, musang, tarsier, monyet dan macam-macam lagi haiwan daripada specis burung dan serangga.
 

3)      Pulau Sipadan

Sebagai info, Pulau Sipadan tersenarai dalam 10 Pulau tercantik di dunia.
 

4)      Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Terletak 20 minit perjalanan mengunakan bot  dari Kota Kinabalu dan taman ini merupakan gabungan 5 buah pulau yang berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi.
 

5)      Lembah Danum

Terletak dibahagian Lahad Datu, Sabah, hutan ini merupakan habitat bagi badak sumatera, urang utan, ungka, harimau dahandan pelanduk. Tempat ini menawarkan keindahan semula jadi yang sangat memukau dan sangat bagus untuk mereka yang inginkan istirehat.
 

6)      Via Ferata Gunung  Kinabalu

Bagi mereka yang inginkan cabaran, aktiviti ini adalah terbaik untuk anda. Via ferata atau laluan besi merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa rel, kabel ban siri anak tangga yang melekat pada permukaan batu gunung Kinabalu.
 

7)      Pulau Tiga

Terletak 120KM dari Kota Kinabalu Sabah dan juga dikenali sebagai Survivor Island kerana pulau tersebut tidak diduduki.
 

8)      Pulau Layang-layang

Pulau ini dijadikan lokasi menyelam kedua popular selepas Pulau Sipadan. Kawasan pulau yang luar inimenempatkan resort 90 bilik, pangkalan tentera laut Malaysia dan merupakan tempat penetasan beberapa jenis burung laut yang berhijrah.
 

Semoga perkongsian Tempat-tempat menarik di Sabah bermanfaat kepada anda.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 435