Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 435

Review Abang Long Fadil 2. Lawak Tidak Cliche

$
0
0
Hari ini tadi berkesempatan menonton filem Abang Long Fadil 2. Filem ni merupakan pilihan kedua selepas melihat tayangan Bad Genius yang agak lewat,maka kami memilih untuk menonton Abang Long Fadil 2.

Apa yang aku boleh katakan dengan filem ini adalah, ianya tidak mengecewakan. Umum mengetahui genre filem ini adalah komedi aksi. Dimana peneraju utama Zizan, seorang pelawak.

Lawak Yang Kurang Cliche

Aku menjangkankan lawak yang akan ditunjukkan dalam filem ini akan hambar.Ternyata jangkaan aku meleset. Lawak yang ditonjolkan agak fresh dan bisa membuatkan sesiapa tercuit hati dan akan tertawa.

Apa yang bestnya, kebanyakan lawak yang ditonjolkam adalah lawak dari dialog yang dilemparkan dan bukannya dari lawak slapstik. Agak tertarik dengan penulis skrip cerita ini.

Plot Yang Bergerak

Berbanding dengan Abang Long Fadil 1,Abang Long Fadil 2 lebih kemas plot penceritaanya. Setiap babak disusun dengan baik dan mempunyai kaitan satu sama lain.Terdapat juga beberapa plot twist di dalam cerita ini. Bagaimanapun,plot twist yang dipaparkan masih belum lagi tahap "mind blowing". Tetapi,ianya sudah cukup baik.

Pelakon yang membawakan watak dengan baik

Setiap pelakon yang diberikan watak,mampu menjiwai dan memperlihatkannya di dalam lakonan. Dan agak mengejutkan, Wak Doyok yang buat pertama kalinya keluar di layar besar mampu berlakon dengan begitu baik.Lagi baik dari kebanyakan pelakon drama pukul 7.

Kualiti Cinematografi

Cinematografi dalam filem ini juga patut dipuji. Bukan seperti kebanyakan filem melayu apabila ditonton ianya setaraf menonton kualiti gambar drama. Menonton Abang Long Fadil 2 terasa seperti menonton filem dengan kualiti gambar filem-filem dari Thailand,Korea dan Jepun.

Kesimpulan

Beberapa tahun lepas, saya pernah melihat filem melayu sebelum ini di pawagam.Juga lakonan Zizan. Selepas menonton, saya terasa rugi membayar harga tiket. Tapi tidak untuk filem Abang Long 2 ini, rasa berbaloi dengan harga tiket. Secara purata,saya berikan 8.0/10.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 435