Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti di negeri ini. Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan kawasan menjangkau 72,000 kilometer persegi.
Selain mempunyai 33 senarai etnik, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang diversiti, pengunaan bahasa kebangsaan ditutur secara meluas di negeri ini.
Selain mempunyai etnik yang banyak, Sabah juga terkenal dengan Gunung Kinabalu yang mencecah ketinggian 4,095.20m dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia.
Berikut merupakan senarai etnik di Sabah.
- Kadazandusun
- Rungus
- Bajau
- Melayu Brunei
- Murut
- Orang Sungei
- Iranun
- Bonggi
- Kwijau
- Paitan
- Lun Bawang
- Lundayeh
- Kedayan
- Suluk
- Iban (Iban Merotai)
- Binadan
- Bisaya [1]
- Kokos
- Rumanau
- Lotud
- Minokok
- Tidung
- Rungusĺ
- Kagayan
- Tatana
- Tagaas
- Ubian
- Kimaragang
- Bajau Laut
- Ida'an
- Inokang
- sonsogon
Kadazan-Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Etnik Kadazan-Dusun ini mempunyai pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisionalkerana terdapat 27 suku kaum kecil di dalamnya.
Contoh kaum kecil dalam etnik ini adalah seperti Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan banyak lagi.
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah adalah Bajau, atau juga dikenali sebagai 'Koboi Timur'. Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah adalah Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu.
Sebagai tambahan,orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini. Perkhawinan antara kaum Cina dan Kadazan-Dusun juga mewujudkan masyarakat baru yang lebih dikenali sebagai Sino.
Jikalau terdapat sebarang maklumat atau info terbaru yang anda tahu mengenai senarai etnik di Sabah diharap anda boleh memberi maklum balas agar penambahbaikan artikel ini dapat dibuat selaras dengan maklumat terkini. Sekian terima kasih.