Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all 435 articles
Browse latest View live

Keputusan Pemenang Anugerah Pilihan Online APO 2016

$
0
0
Anugerah Pilihan Online APO 2016 telah berlangsung pada 30 April 2016. Anugerah ini dianjurkan oleh mstar dan dengan kerjasama Suria FM dan juga Dnars.

Ramai figura-figura dan kumpulan online yang telah tercalon dalam APO 2016 ini. Berikut adalah senarai pemenang bagiAPO 2016.
keputusan apo 2016

Senarai Pemenang Anugerah Pilihan Online 2016

  • Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online - Hazama
  • Aktor Terbaik Pilihan Online - Saharul Ridzwan
  • Wanita Anggun Pilihan Dnars  - Mia Ahmad
  •  Ikon Fesyen Pilihan Online - Siti Nurhaliza


Permohonan Kolej Vokasional 2016 Online

$
0
0
Sukacita dimaklumkan, permohonan Kolej Vokasional 2016 kini dibuka. Permohonan kemasukan ke kolej vokasional bagi sesi 2016 mulai dibuka pada 2 mei 2016.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dialu-alukan untuk mengisi borang permohonan secara online.
permohoanna kolej vokasional

Syarat Permohonan Kolej Vokasional 2016

Berikut adalah syarat permohonan Kolej Vokasional.

Syarat umum permohonan:


  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah BantuanKerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yangmerangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran AktivitiJasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  •  Calon sihat tubuh badan ;
  •  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  •  Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
  •  Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  •  Calon berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus permohonan:

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  • dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  •  Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

Cara Permohonan Kolej Vokasional 2016

Berikut adalah prosedur permohonan kolej vokasional 2016.

  1. Masuk ke laman web : https://sptv.moe.gov.my/mohon_ilks/index.cfm
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. isi semua ruangan pada borang online.
Tarikh tutup: 12 Mei 2016

Pertanyaan Mengenai Permohonan Kolej Vokasional

1. Bilakah permohonan online dibuka dan tarikh tutup permohonan ?

Permohonan online dibuka mulai 2 Mei 2016 dan tarikh tutup permohonan pada 12
Mei 2016, jam 11.59 malam.

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Program yang ditawarkan ialah Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma
Vokasional Malaysia) di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)

3. Nyatakan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang terlibat?
Berikut merupakan ILKS yang terlibat :
  •  KRU Academy, Cyberjaya , SELANGOR
  •  Ranaco Marine , TERENGGANU
  •  Enter Corridor Sdn. Bhd. , Klang, SELANGOR
  •  PPKS Ilmu Sdn. Bhd., Kuching, SARAWAK
  •  JT Akademi Sdn. Bhd., Kuching, SARAWAK
  • Septronic Skill Training Centre , Bukit Beruntung, SELANGOR
  •  Asia Pasific Flight Training (APFT) Maintenance Training Sdn. Bhd., Kota Bharu,KELANTAN
4. Apakah bidang dan kursus yang ditawarkan?
Kursus dan bidang yang ditawarkan boleh disemak dalam maklumat ILKS dan kursus
tawar yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan)

5. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?
Syarat umum dan khusus boleh disemak dalam syarat permohonan yang disediakan di
paparan muka hadapan online (info kemasukan)

6. Adakah asrama disediakan?
Asrama disediakan berdasarkan program dan ILKS yang akan ditawarkan serta
bergantung kepada kapasiti asrama.

7. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?
 Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat
http://www.moe.gov.my mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016 .
 Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi
mendapatkan info terkini.

8. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ?
Tarikh pendaftaran di ILKS ialah pada 13 Jun 2016.
9. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?
Calon boleh hadir terus ke ILKS atau menghubungi pihak ILKS yang terlibat untuk
membuat rayuan mulai 14 Jun hingga 30 Jun 2016.

10. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?
Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kursus di
bahagian info kemasukan.

Carta Alir Permohonan

Berikut adalah carta alir permohonan dibuat.

kolwj vokasional

Harga Tiket JDT VS PKNS Final Piala FA 2016

$
0
0
Seperti yang diketahui, perlawanan Piala FA akhir akan menyaksikan pertembungan JDT VS PKNS. Perlawanan berlangsung pada 14 Mei 2016 bertempat di Stadium Shah Alam , Selangor. Berikut adalah maklumat mengenai tarikh penjualan tiket berserta harga tiket perlawanan.
tiket jdt vs pkns

Harga Tiket JDT VS PKNS Piala FA 2016 Final

Harga tiket: RM50 bagi semua kategori, dewasa dan kanak-kanak.

Tiket ini boleh didapati pada tempat dan masa berikut:

Tempat: Stadium Tan Sri Dato' HJ Hassan Yunos, Larkin
Masa: 9 HB Mei (9 Pagi)

Tempat: Beli secara online di http://www.tickethotline.com.my tebus di Stadium Shah Alam
Masa: 9HB Mei 2016 (11 pagi)

Tempat : Stadium Shah Alam
Masa: 9/5/2016- 11/5/2016 ( 9 pagi )

Semoga anda berjaya mendapatkan tiket pada perlawanan final JDT VS PKNS ini.

Baca Novel Dia Semanis Honey Full Online

$
0
0
Baca secara online novel Dia Semanis Honey. Novel ini mula mendapat sambutan apabila novel ini diadaptasi ke dalam drama.

Drama Dia Semanis Honey bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin-Khamis pukul 10 malam.

Ini merupakan penampilan pertama Siti Nordiana dalam drama.
Baca novel dia semanis honey


Baca Novel Dia Semanis Honey


Berikut adalah link untuk anda membaca novel Dia Semanis Honey.

(Akan dikemaskini...)

Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Sarawak Ke 11 2016

$
0
0
Seperti yang diketahui pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 berlangsung pada tahun 2016. Berikut adalah keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 ke 11.

7 May 2016 merupakan tarikh turun mengundi.  Statistik pengundi yang menunaikan tanggungjawab adalah sebanyak 39% sehingga pukul 1 petang 7 Mei 2016.
Keputusan pilihanraya ke 11 2016 sarawak

Keputusan PRN Sarawak 11 2016

Berikut adalah keputusan pilihan raya Sarawak 2016.

Prnsarawak11

Sebab ETS dan KTM Bertembung 7.5.2016

$
0
0
Tren ETS dan KTM difahamkan telah bertembung di laluan Kuala Kubu Bharu berhampiran Stesen Batang Kali.

Kira-kira 500 orang penumpang terjejas perjalan. Pihak berkuasa masih lagi berusaha membawa semua penumpang ke tempat selamat.
Ktm dan ets berlanggar

Sebab ETS dan KTM bertembung

Siasatan awal mendapati bahawa punca kemalangan adalah disebabkan tren tergelincir dan bertembung.

Live Streaming Selangor VS Singapura 7 Mei 2016

$
0
0
Perlawanan Selangor VS Singapura  Piala Sultan Selangor. Pasukan Singapore akan beraksi menentang pasukan Selangor untuk piala Sultan Selangor.

Pasukan manakah yang akan menjuarai perlawanan pada kali ini.Sama-sama kita saksikan.
Selangor vs singapura 7 mei 2016

Live Streaming Selangor VS Singapura


Live streaming boleh didapati di TV9 mulai 9 malam.
Berikut adalah link menonton secara live.

Link: 

Keputusan Senarai Pemenang ABPBH 29 2016

$
0
0
Keputusan Anugerah Bintang Popular berita harian 29 tahun 2016. Pada 8 Mei 2016, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 berlangsung. Pada kali ini membariksan calon pemenang yang hebat-hebat belaka. Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda senarai Pemenang ABPBH 29.

ABPBH pada kali ini diacarakan oleh Zizan Razak, Mira Filzah, AG dan Haiza.
keputusan pemenang abpbh 29 2016

Keputusan Pemenang ABPBH29 2016

  • Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 29 -Neelofa
  • Pautan Sumber Asal » mysumber.com
  • Artis Baharu Lelaki Popular-Sufi (AF)
  •  Artis Baharu Wanita Popular-Mira Filzah 
  • Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular-Wings 
  • Artis Komedi PopularAbam (Bocey)
  •  Pelakon Filem Lelaki Popular-Sharnaaz Ahmad
  •  Pelakon Filem Wanita Popular-Fathia Latiff 
  • Pelakon TV Lelaki Popular-Sharnaaz Ahmad 
  • Pelakon TV Wanita Popular-Emma Maembong 
  • Pengacara TV Popular-Neelofa 
  • Penyampai Radio Popular-DJ Lin (Suria FM) 
  • Penyanyi Lelaki Popular-Aizat Amdan
  •  Penyanyi Wanita Popular-Adira 
  • Artis Versatil Popular-Ifa Raziah
  • Artis Aksi Selfie Popular-Saharul Ridzwan 
  • Artis Ikon #Respek Popular-Datuk Aznil Nawawi 
  • Artis Trending Popular-Ayda Jebat 
  • Artis Youtube Popular-Siti Nordiana 
  • Personaliti Media Sosial Popular-Lara Alana
  • Anugerah Khas - Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) 


Live Streaming JDT VS PKNS Final Piala FA 2016

$
0
0
Live streaming Johor Darul Takzim (JDT) menentang PKNS perlawanan akhir Piala FA 2016. Perlawanan JDT VS PKNS ini berlangsung di Stadium Shah Alam pada 14 Mei 2016 pada pukul 8:30 malam.

Tidak dijangka,akhirnya pasukan PKNS mampu memberikan saingan untuk berentap di Piala FA. Adakah JDT akan menjadi juara Piala FA 2016,ataupun PKNS ? Sama-sama kita saksikan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara akhir Piala FA.
Live streaming final piala Fa 2016 jdt vs pkns

Live Streaming JDT VS PKNS 14.5.2016


Perlawanan ini akan disiarkan di media prima TV3. Akan tetapi anda boleh menonton secara online perlawanan ini. berikut adalah link untuk live streaming JDT VS PKNS.

Link: Server 1, server 2

Baju Melayu Moden Fesyen Raya 2016

$
0
0
Zaman kini pantas berubah. Daripada satu trend berubah kepada trend yang lain. Begitulah juga dengan dunia fesyen. Jika dahulu, fesyen baju melayu ketika hari raya selalunya jenis kain satin berkilat dan samoing yang berkilau-kilau. Kini fesyen ini boleh dikatakan telah ketinggalan zaman. Tidak dinafikan, masih ada juga yang memakainya sehingga kini.

Cuba anda lihat beberapa jenis baju Melayu urban berikut. Nampak simple dan menarik untuk diperagakan ketika hari raya. Di sini saya kumpulkan beberapa baju Melayu yang boleh anda dapati untuk raya 2016 tahun ini.

1. Modern baju Melayu

moden baju melayu
Lihat kepada gambar ini, baju Melayu yang kini digayakan dengan kolar. Nampak smart kan? Pakai macam ni, tak payah nak berpanas-panas ketika hari raya dengan memakai sampin. Pakai ini sahaja nampak smart dan casual.

Boleh dapatkan baju ini di sini

2. Baju Melayu Cekak Musang

Akan tetapi, jika anda masih sukakan design lama iaitu cekak musang, anda boleh dapatkan seperti dalam gambar di bawah ini. Memakai seperti ini, tidak dinafikan akan menambahkan sedikit sebanyak suasana raya nanti.

Cekak Musang Purple, dapatkan di sini
cekak musang purple
Cekak Musang Pink, dapatkan di sini
cekak musang pink
Cekak Musang biru, dapatkan di sini
cekak musang biru

3. Baju Melayu Moden Slim Fit

Satu lagi trend baju melayu yang kian popular adalah memakai baju Melayu yang slim fit. Jika anda seorang yang sukakan baju melayu slim fit, apa kata lihat baju Melayu di bawah ni. Nampak smart tak?

Grey Slim Fit baju Melayu, dapatkan di sini
baju melayu slim fit
baju Melayu Slim Fit Grey, dapatkan di sini

brown slim fit baju melayu

Black baju Melayu SlimFit, dapatkan di sini

baju melayu slim fit
Semoga dengan pilihan-pilihan yang kami berikan di sini, dapat membantu anda membuat pilihan baju raya yang hendak anda peragakan di hari lebaran nanti.

Keputusan Pemenang Clever Girl 2016 TV3

$
0
0
Clever Girl merupakan satu rancangan terbitan TV3 yang memfokuskan kepada kebijaksanaan untuk menjadi pemenang. Pada 22 Mei 2016, rancangan ini telahpun sampai ke peringkat akhir.
clever girl keputusan

Pemenang Clever Girl 2016

Berikut adalah senarai pemenang Clever Girl 2016.

Juara Pemenang Clever Girl: Fatin
membawa pulang RM100,000
Fatin clever girl

Semakan Keputusan Pertukaran Guru EGtukar Jun 2016

$
0
0
Keputusan permohonan pertukaran guru melalui aplikasi egtukar kini boleh mula disemak pada 1 jun 2016. Pada permohonan kali ini, serama lebih 15,000 guru telah membuat permohonan pertukaran.Semakan Keputusan Pertukaran Guru EGtukar Jun 2016.

Kriteria pelulusan permohonan pertukaran kali ini dikira dari segi tempoh berkhidmat di sesebuah sekolah tersebut, faktor kesihatan dan juga tempoh waktu guru berkenaan berjauhan dengan pasangan.


"Sejak tahun lepas sehingga April tahun ini, permohonan hampir 3,000 guru diluluskan bagi membolehkan mereka berpindah mengikut pasangan masing-masing," 

pertukaran guru semak

Cara Semak Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2016

  1. Masuk ke laman web: https://epgo.moe.gov.my/
  2. Masukkan id pengguna, kata laluan dan juga kad pengenalan.
  3. Log masuk dan semak keputusan anda.
Semoga permohonan pertukaran guru anda pada kali ini diterima dan anda dapat berkhidmat di tempat pilihan anda dengan hati tenang dan gembira.


Kasut Raya 2016 Lelaki Wanita Fesyen Terbaru

$
0
0
Kasut adalah antara elemen penting dalam pemakaian ketika hari raya. Kasut juga akan menampakkan personaliti seseorang itu ketika berjalan. Pemilihan kasut yang sesuai amat penting supaya kita nampak cantik, tampan, segak dan bergaya.

Dalam pemilihan kasut, secara personal saya lebih mengutamakan kasut yang berjenama. Bukan untuk menunjuk-nujuk, akan tetapi kasut yang berjenama adalah terjamin kualitinya.

Di sini kami berkongsi dengan anda beberapa kasut yang menjadi pilihan untuk digayakan ketika hari raya 2016 ini untuk lelaki dan wanita.

Kasut Raya 2016 Lelaki

Loafer yang berwarna hitam pekat seperti ini pastinya amat sesuai dengan mana-mana jenis pakaian yang anda peragakan. kasut berwarna hitam adalah bersifat universal. 

Jika anda inginkan kasut seperti ini, boleh beli  di sini.

Terdapat juga pilihan warna lain seperti di bawah ini.

Jika anda berminat dengan loafers berwarna dark brown ni, boleh dapatkan di sini

Manakala berikut pula ada warna lain bagi loafers ini iaitu light brown.

zalora loafers
Jika anda berminat dengan warna light brown ni, boleh beli di sini.

Selain loafers, smart casual slipper (sandal) juga sesuai digayakan dengan baju melayu raya. Contohnya seperti berikut,

Ini merupakan sandal keluaran Birkenstock. Birkenstock merupakan syarikat pengeluar sandal dari Germany yang popular. Anda pastinya tidak akan kecewa memilik sandal jenama Birkenstock.

Jika anda berminat dengan sandal Birkenstock ini, boleh dapatkan di sini.

Kasut Raya 2016 Wanita

Sekarang kita beralih pula kepada kasut wanita. Tidak dinafikan kasut wanita antara benda yang paling susah nak pilih. Oleh itu, kami telah menyenaraikan beberapa pilihan kasut wanita yang kami rasakan amat sesuai dipakai ketika raya 2016 nanti.

Nine West Wedges

Bagi peminat wedges berjenama, Nine West tentunya bukan satu jenama yang asing lagi bagi anda. Nine West merupakan jenama yang berasal dari new York. Berikut kami sediakan kasut Nine West yang sesuai digayakan semasa hari raya ini.

Jika anda ingin dapatkan kasut Nine West yang ini, boleh lihat di sini.

Ataupun, untuk wedges colour lain seperti di bawah ini,


Anda boleh mendapatkan wedges ini di sini.

Kasut Aldo Raya 2016

Selain jenama Nine West, anda juga boleh dapatkan jenama terkenal dari  Canada ini iaitu jenama ALDO.
Berikut beberapa kasut keluaran ALDO yang sesuai diperagakan ketika hari raya.

kasut aldo

Memakai kasut ALDO yang ini pastinya akan menjadikkan anda menyerlah berbanding rakan yang lain.

Jika anda ingin kan kasut ini, boleh dapatkannya di sini.

Ataupun, selain ALDO dan Nine West , satu lagi jenama popular untuk kasut wanita adalah Melissa.

melissa kasut raya
Dengan deign yang simple tetapi menarik ini, pastinya akan menjadikan suasana hari raya anda berbeza dengan kasut Melissa ini.


Anda juga boleh dapatkan kasut Melissa berwarna hitam ini

kasut melissa
Dapatkan kasut Melissa berwanra hitam ini di sini.


Kesimpulannya

Kesimpulannya, kasut-kasut yang kami nyatakan di dalam artikel ini adalah kasut yang sesuai untuk diperagakan semasa hari lebaran kelak. jangan tunggu lama-lama, terus dapatkan kasut ini. Semoga hari raya anda pada tahun 2016 ini lebih bermakna daripada sebelumnya.

Beli Tiket Bas Balik Raya 2016 Online

$
0
0
Tiket bas merupakan tiket yang paling laku pada hari perayaan terutamanya hari raya. Walaupun bilangan bas semakin bertambah, saban tahun juga masih ada yang akan terlepas bas dan kehabisan tiket dan menyebabkan tidak dapat balik raya.

Bagi mengelakkan kehabisan tiket bas, anda dikehendaki untuk membeli awal. Kadang-kadang bukan tak nak beli awal, cuma waktu dan juga kesibukan melanda sehinggakan tak ada masa untuk membelinya.
tiket bas online raya

Beli Tiket Bas Balik Raya Online 2016

Sebab itu, Busonlineticket telah muncul dengan inisiatif membantu anda membeli tiket secara online pada hari raya ini.

Anda tak perlu untuk beratur di stesen bus atau terminal bas untuk mendapatkan tiket anda. Cuma lakukannya secara online sahaja.

Apa yang menarik, Busonlineticket ini menyediakan pembelian tiket dari pelbagai deistinasi seperti Kuala Lumpur, Cameron Highland, Kedah, Kelanta, ke Johor dan seluruh tempat di semenanjung Malaysia.

Jika anda ingin membeli tiket balik raya 2016 ini, anda bolehlah membeli sekarang.

Pergi ke laman web : Busonlineticket , pilih destinasi dan tarikh anda bertolak. Kemudian buat pembayaran secara online. Siap!

Semoga anda dapat pulang beraya pada tahun ni, beli tiket basa siap-siap. jangan dah nak dekat raya baru nak beli. Takut kehabisan tiket pula. Selamat hari raya.

Beli Pampers Drypers Murah Malaysia Harga Borong

$
0
0
Jika bercakap mengenai pampers, atau spesifiknya jenama Drypers, ramai ibu bapa yang memilih untuk membelinya terus di pasar raya.

Ramai tidak tahu pampers Drypers ini boleh didapati secara online sahaja. Apa yang amat mengejutkan adalah, ianya lebih murah berbanding dengan harga di kedai.

Satu fakta yang anda kena ketahui, barang yang paling laku dan paling banyak rakyat Malaysia beli secara online adalah pampers Drypers.

Tak percaya? Cuba tengok pampers Drypers di bawah ni.

Drypers pampers
Percaya tak Drypers size XL ni, 3 packs macam ni cuma berharga RM97 . Dah lah postage percuma,maksudnya barang akan dihantar terus ke depan rumah anda.

Jika nak beli pampers Drypers ini secara online,boleh klik di bawah,


Semoga dengan artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk berjimat cermat di dalam berbelanja keperluan anak-anak.

Borang Pendaftaran Muet November 2016 Online

$
0
0
Kepada mereka yang ingin mengikuti peperiksaan Muet bagi sesi November 2016, kini bolehlah mengisi borang online pendafataran Muet 2016. Anda haruslah mendaftar mengikut waktu dan tarikh yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan anda untuk terlepas mengikuti ujian MUET pada November 2016.

Untuk makluman calon, borang pendaftaran Muet sesi November 2016 akan mulai dibuka pada 3 Jun 2016. Pendaftaran ini akan dibuka bermula pada 3 Jun 2016 sehingga 3 Ogos 2016. ini bermakna,calon diberikan masa selama 2 bulan untuk membuat pendaftaran online.
borang pendaftaran muet 2016

Borang Pendaftaran MUET November 2016 Online

Pendafataran bolehlah dibuat pada pautan berikut:


Jika anda menghadapi kesukaran untuk mendaftar, boleh lihat terlebih dahulu manual pendaftaran ini.

Dan seperti biasa, calon perlulah membeli dahulu NO PIN Unik di BSN terdekat anda.

Tarikh Penting MUET November 2016

Berikut pula adalah tarikh penting yang harus diketahui oleh calon yang akan menduduki peperiksaan Muet sesi November 2016.
  • Tarikh Pendaftaran Dibuka : 3 Jun 2016
  • Tarikh Pendaftaran ditutup: 3 Ogos 2016
  • Tarikh ujian speaking: 11,12,13,17,18 dan 19 Oktober 2016
  • Tarikh ujian bertulis: 5 November 2016
Lihat sini 5 tips untuk lulus cemerlang ujian MUET
Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian muet sesi november 2016 pada kali ini.

Baju Rozita Che Wan Tesco Raya 2016

$
0
0
Viral juga baru-baru ini mengenai baju raya Rozita Che Wan keluaran dari Tesco katanya tidak seperti apa yang berada dalam gambar. Menurut pandangan kami pula yang melihat gambar pada pengirim yang complaint, baju yang mereka dapat adalah sama seperti apa yang dalam gambar. Cuma cutting tidaklah menyamai seperti body Rozita Che Wan.

Nampaknya, adakah mereka nak beli baju raya Rozita Che Wan sekali dengan 'body' beliau?

Harga Baju Rozita Che Wan Tesco Raya 2016

Berikut merupakan beberapa baju raya Tesco Rozita Che Wan.

raya roxita che wan
Tak payah nak suruh tukang jahit ukur, dapatkan terus baju warna biru Rozita Che Wan ni. Ada sedikit lace pada baju ini menampakkan lagi kemodenan baju ini. Kain pun lembut dan selesa dipakai oleh semua orang.

Jika nak baju ini, boleh beli di sini dengan harga promosi RM254. Harga pergi beli direct RM299 ye. baik beli online.

Satu lagi design yang viral katanya tak sama seperti yang dibeli adalah design yang mempunyai cape seperti di bawah ni.

rozita che wan tesco raya

Jika anda seorang yang selalu ingin kelihatan berbeza dan unik daripada rakan-rakan anda yang lain, bolehlah dapatkan baju kurung Rozita Che Wan yang ini. Design cape yang unik menampakkan lagi nilai premium baju ini.

Anda boleh dapatkan baju ini di sini dengan harga promosi .

Seterusnya, baju Rozita Che Wan warna hijau ini juga mendapat perhatian ramai orang. Warna yang plain sesuai untuk mereka yang inginkan keringkasan dalam berpakaian tetapi tidak ingin ketinggalan dalam fesyen dan design.

rozita che wan tesco raya 2016
Detail yang sangat menampakkan nilai-nilai feminism ditambah dengan kain berkualiti tinggi yang pastinya tidak akan terasa berat untuk dipakai.

Jika anda berminat, dapatkan baju ini di sini. 

Satu design baju RCW Tesco Raya 2016 yang menarik perhatian adalah design seperti di bawah ini.

rozita che wan raya 2016 tesco
bagi kami, ini adalah design baju yang paling sesuai diperagakan ketika hari raya. Di tambah dengan koleksi kasut yang anda boleh lihat di sini. Pastinya raya anda akan lebih bermakna. Ini kerana design baju ini nampak lebih simple dan tidak terlalu menonjol serta ianya masih lagi mengekalkan kunikan serta suasana hari raya.

Dapatkan baju ini di sini dengan harga promosi 

Kesimpulan 

Anda boleh pilih untuk memperagakan baju yang mana satu ketika raya 2016 ini. Baju Rozita Che Wan ini pastinya akan membuatkan raya anda berbeza daripada raya sebelumnya.

Keputusan Pemenang Juara Ceria Popstar 2016

$
0
0
Final Ceria Popstar musim ke-4 diadakan pada 27 Mei 2016. Setelah beberapa minggu berentap, akhir peseta Ceria Popstar 2016 sampai juga ke minggu akhir.4 Peserta berentap di minggu akhir ini iaitu Jun, Rezza, Aniq , Hazmil
juar ceria popstar

Keputusan Ceria Popstar 2016

Berikut adalah keputusan penuh final Ceria Popstar musim ke 4 2016.

Tempat pertama: Jun
Kedua : Rezza
Ketiga: Aniq
Keempat: Hazmil

Semoga para peserta dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air. tahniah kepada pemenang.

Biodata Jun Juara Ceria Popstar 2016

$
0
0
Keputusan Ceria Popstar  2016 musim ke 4 final telah pun diumumkan. Jun telah dinobatkan sebagai juara dalam musim kali ini. Sememangnya Jun amat konsisten dalam setiap persembahan beliau.
junaidah ceria popstar

Biodata Jun Ceria popstar Musim 4 2016

Berikut adalah biodata Jun Ceria Popstar

Nama Penuh: Siti  Junaidah Bekri
Umur : 14 tahun
Asal: Sabah

Berikut adalah beberapa gambar semasa persembahan Jun.

jun

jun

jun

Dan video ucapan Jun ketika menjadi Juara.


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang

$
0
0
Berikut adalah jadual penuh waktu berbuka dan juga imsak bagi negeri Pahang bagi puasa ramadhan tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah. Semoga jadual ini dapat anda jadikan panduan untuk mengetahui bilakah waktu berbuka puasa dan juga imsak.

Jadual ini telah disusun mengikut zon waktu di negeri Pahang.

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pahang
Selamat berpuasa dari kami team Musadun.com . semoga puasa kali ini memberi kita lebih kelebihan dan perubahan yang baik.
Viewing all 435 articles
Browse latest View live