Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all 435 articles
Browse latest View live

Kadar Dividen dan Bonus ASB 2016

$
0
0
Amanah Saham Bumiputera adalah antara pelaburan yang memberikan puangan yang memuaskan kepada ahlinya. Ini kerana minimum pemberian dividen adalah 7% dan tidak termausk bonus. Di sini kami akan mengemaskini kadar dividen ASB tahun 2016 .

Dividen ASB 2016. Berapakah kadar kenaikan dividen Amanah Saham Bumiputra dan Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) bagi tahun 2016 ini? Mesti nak tahu kan berapa dividen ASB 2016 ini.

Sebelum ini mari lihat senarai kadar kenaikan dividen dan bonus bagi tahun-tahun sebelumnya iaitu 5 tahun kebelakangan ini.

[ baca: tarikh pembayaran ASB 2016 januari 2017 ]

kadar dividen asb 2016

Kadar Dividen ASB 2016 Terkini


Dividen : 7.25%


Bonus : 0.5%

Total : 7.75%



Terkini Tahun 2015 :  7.25 + 0.5
Tahun 2014 : 7.50 + 1.00
Tahun 2013 : 7.70 + 1.00 
Tahun 2012 : 7.75 + 1.15 
Tahun 2011 : 7.65 + 1.15
Tahun 2010 : 7.50 + 1.25


Apa-apapun , segala berita mengenai dividen ASB dan ASNB 2016 akan dikemaskini di sini.

Tema dan tarikh Sambutan Maulidur Rasul 2016

$
0
0
Maulidur Rasul di Malaysia disambut setiap tahun. Maulidur rasul merupakan hari kelahiran nabi Muhammad. Di Malaysia, tarikh Maulidur Rasul di sambut dengan perarakan dan banyak lagi aktiviti lain. Di dalam artikel ini, kami kongsikan tema dan tarikh sambutan Maulidur Rasul 2016.


Tarikh Sambutan Maulidur Rasul 2016


Maulidur Rasul tahun 2016 jatuh pada tarikh berikut;

12 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiulawal 1438H dan jatuh pada hari isnin.

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016


Apakah tema sambutan maulidur rasul tahun 2016 ini? Seperti yang kita tahu, tarikh sambutan maulidur rasul pada tahun 2016 ini jatuh sebanyak 2 kali iaitu pada;

Akan dikemaskini...




maulidur rasul tema






Selain bercuti pada hari tersebut, Semoga sambutan maulidur rasul pada tahun ini akan memberi banyak makna kepada kita.
Jom kongsikan artikel mengenai tema dan tarikh Maulidur Rasul 2016 ini kepada rakan-rakan lain.

Kemaskini Permohonan BR1M 2017 Online

$
0
0
Kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), adalah digesa untuk segera membuat kemaskini permohonan secara online. Kemaskini ini dibuka bermula pada 5 Disember 2016 sehingga tarikh 31 Disember 2016. Kemaskini ini juga bertujuan untuk menentukan pemohon yang masih aktif. Ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan bantuan dengan mudah.

Berikut kami nyatakan cara untuk membuat kemaskini BR1M 2017 secara online.

Cara kemaskini BR1M 2017 Online

Pertama sekali, masuk ke laman web KEMASKINI BR1M . Anda akan dibawah ke paparan seperti gambar di bawah ini;
cara kemaskini br1m 2017

Selepas itu, masukkan No kad pengenalan, dan klik "kemas kini permohonan". Kemudian, anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut;
kemaskini br1m 2017
Anda perlulah menjawab soalan keselamatan yang diajukan kepada anda. Soalan keselamatan adalah berbeza bagi setiap orang. Soalan keselamatn ini juga berdasarkan borang yang anda isi semasa membuat permohonan pertama kali dahulu. Soalan keselamatan ini akan ditanya sebanyak sekali ataupun dua (2) kali.

Setelah mengisi jawapan, anda klik butang hantar, paparan maklumat anda akan dikeluarkan. Semak semula maklumat anda Jika terdapat kemaskini, isi bahagaian yang perlu dikemaskini. Semak juga jika terdapat salah ejaan,kesalahan no akaun dan sebagainya.

Selepas membetulkan kesalahan dan mengemaskini maklumat anda, pergi kebahagian paling bawah, seperti tertera pada gambar dibawah ini;
kemaskini br1m 2017
Masukkan kod pengenalan, iaitu nombor yang tertera pada gambar kiri tersebut. Sebagai contoh, kod pengenalan bagi gambar di atas adalah 499884 . Selesai, klik kemaskini.

Dan notis pengesahan akan dikeluarkan seperti dibawah ini;
kemaskini br1m 2017

'Tick' butang saya bersetuju dan klik butang "setuju & hantar". Kemaskini anda berjaya setelah anda mendapat notis pengesahan seperti di bawah ini;
pengesahan br1m 2017

Klik ok, maka selesailah sudah anda membuat kemaskini permohonan BR1M 2017.

5 Smartphone Terbaik Harga Bawah RM1000 Yang Boleh Anda Miliki Pada tahun 2016 Ini

$
0
0
Sesungguhnya kecanggihan teknologi sekarang membuatkan berbagai jenis smartphone yang muncul di pasaran. Keluar satu model, muncul pula model yang baru. Jika ingin mengejar teknologi smartphone ini nescaya tidak akan terkejar.

Bagaimanapun, pada artikel kali ini kami berkongsi dengan anda 5 smartphone terbaik yang berharga RM1000 kebawah yang boleh anda milik.

1. Huawei Honor 6

huawei honor 6


Walaupun telah diperkenalkan beberapa tahun lepas, Huawei Honor 6 masih lagi menjadi peranti kelas atas ayang mempunyai harga yang berpatutan. Dilengkapi dengan kamera 13mp belakang dan kamera 5mp hadapan sememangnya ianya sesuai untuk kaki selfie. Selain itu bagi penggemar multitask dan juga permainan , Huawei Honor 6 menawarkan RAM sebanyak 3GB. Boleh dikatakan Honor 6 merupakan peranti telefon pintar yang mempunyai RAM 3GB dan mempunya harga yang berpatutan.

Harga pasaran : RM938-999

Boleh dapatkan di sini dengan harga RM653

2.  Asus Zenfone Selfie
asus zenfone selfie



Bagi penggemar selfie, Asus Zenfone selfie adalah peranti mudah alih yang sesuai untuk anda, Ini kerana ianya dilengkapi dengan kamera hadapan 13MP. Begitu juga dengan kamera belakang. Selain itu, Asus Zenfone selfie mempunyai RAM sebanyak 3GB dan storan 32GB.

Harga pasaran Asus Zenfone Selfie : RM799

Boleh dapatkan di sini dengan harga RM699

3.ZTE Blade V7

zte blade v7


Peranti dari ZTE yang baru sahaja diperkenalkan kepada umum. Apa yang menariknya, peranti ini mempunyai fungsi pengimbas cap jari. Tidak ada pengeluar smartphone yang menawarkan harga serendah ZTE Blade V7 ini dan pada masa sama dilengkapi denga fungsi fingerprint scanner.
Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah, ia mempunyai keupayaan kamera 13 MP bahagian belakang, dan 8 MP bahagian depan. Pastinya gambar selfie yang anda ambil nanti sama kualitinya seperti mengambil menggunakan kamera belakang. ZTE Blade V7 dilengkapi dengan storan 16GB dan RAM 2GB. Ruang storan boleh dipertingkat dengan menambah kad micro sd.

Harga pasaran : RM499. Anda boleh dapatkan ZTE Blade V7 di sini.


4. Alcatel Onetouch  FLASH 2


alcatel onetouch

Alcatel bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia smartphone. Cuma merkea jarang mengeluarkan perani mereka dan mengurangkan hard sell. Satu peranti terbaru dari mereka iaitu Alcatel Onetouch Flash 2 cukup berbaloi untuk dimiliki pada masa kini. Dilengkapi ram 2GB dan storan 16GB pastinya sudah cukup untuk melakukan tugasan seharian melalui smartphone.
Apa yang menarik perhatian kami adalah, disaat smartphone berlumba-lumba menggunakan saiz skrin 5.5" ke atas, Flash 2 datang dengan skrin 5". Bagi kami saiz skrin 5" adalah saiz paling ideal bagi penggemar smartphone yang tidak mahukan smartphone terlalu besar.

Ianya juga dilengkapi dengan kamera 8MP belakang fan 5MP hadapan.

harga pasaran : RM499, dapatkan di sini.

5. Lenovo Vibe P1 Turbo
lenovo vibe p1


Peranti 5.5 inci dari Lenovo ini sangat berkuasa. Ini kerana ianya dilengkapi dengan RAM 3GB dan juga 32GB ROM. Selain itu ianya juga mempunyai fungis pengimbas cap jari untuk membuka lockscreen. Kamera pula dikuasakan dengan 13MP kamera belakang dan 5MP kamera hadapan dengan fungsi focus.


 harga pasaran : RM999
Anda boleh dapatkan di sini dengan harga RM899

5. Xiaomi Redmi Note 3

harga redmi note 3
Jika anda inginkan satu telefon pintar yang mempunyai fungsi pengimbas cap jari dengan harga berpatutan, Xiaomi Redmi Note 3 adalah pilihan terbaik anda. Xiaomi Redmi Note 3 mempunyai 2 jenis variasi iaitu kapasiti 16GB storan dengan 2 GB ram dan juga 32 GB storan dengan 3GB ram.Kamera dengan 13MP belakang dan 5MP depan.

Harga  32GB/3GB RAM - RM699


EXTRA:

6. Xiaomi Mi Mmax.
xiaomi mi max

Xiaomi Mi Max dilengkapi dengan RAM 3GB dan memory 32GB. Kamera hadapan dengan 5mp dan kamera belakang 16mp. 

Jika anda berminat untuk dapatkan Mi max secara online, lihat sini - RM999 Xiaomi Mi Max 

UPDATE: 3 September 2016. Kemaskini harga serta tambah beberapa smartphone yang dirasakan relevan.


Semoga dengan artikel ringkas ini dapatlah anda membuat pilihan sebaiknya. Sengaja tidak ami meletakkan spesifikasi spesifik untuk peranti-peranti ini kerana anda sendiri boleh mencarinya.


Baca Novel Isteri Tuan Ihsan Full Online

$
0
0
Isteri Tuan Ihsan merupakan novel hasil penulisan Sara Kyoko. Kini novel ini teahpun diadaptasi ke dalam Drama Isteri Tuan Ihsan yang bersiaran di Astro Ria. Anda teringin membaca novel Isteri Tuan Ihsan secara online? Di sini kami sediakan pautan untuk anda membacanya.

Bagaimanapun, anda boleh membeli novel ini  secara online pada pautan di bawah, cuma dengan harga RM25 sahaja.

Atau versi Ebook dengan harga RM14 sahaja. Beli sini

Baca Novel Isteri Tuan Ihsan

novel isteri tuan ihsan

Klik setiap bab di bawah ini untuk membaca novel Isteri Tuan Ihsan.





Jika ada betul-betul berminat dengan novel ini, beli lah untuk menyokong karya penulis novel tempatan. Selamat membaca novel Isteri Tuan Ihsan.

Beli Novel Isteri Tuan Ihsan Secara Online

$
0
0
Sedang mencari novel yang tengah hangat sekarang ini? Iaitu Novel Isteri Tuan Ihsan. Anda boleh membelinya secara online. Ya. Di sini kami sediakan pautan untuk anda beli novel Isteri Tuan Ihsan secara online.

Sebelum itu, berikut adalah sinopsis ringkas mengenai Novel isteri Tuan Ihsan;

Sinopsis: Novel ini menceritakan Seroja Irdina seorang pelajar kolej yang happy go lucky. Hidupnya dipenuhi dengan berseronok di kelab malam. Manakal pada siang hari Seroja merupakan seorang pelajar kolej. Tuan Ihsan pula seorang lelaki yang lanjut usia, pernah menaruh hati pada Ibu Seroja. Ibu Seroja meninggal dunia. Sebelum ibu Seroja meninggal dunia, dia mengamanahkan untuk Tuan Ihsan menjaga seroja. Bukan sebagai anak, tetapi sebagai isteri. Apakah nasib seroja di masa akan datang?
novel isteri tuan ihsan

Beli Novel Isteri Tuan Ihsan Online

Berikut adalah pautan untuk anda membeli online Isteri Tuan Ihsan.

Anda boleh membeli buku fizikal, ataupun dalam bentuk ebook.

Atau RM14 versi ebook di sini.

Selamat membeli novel Isteri Tuan Ihsan dengan memilikinya secara online.

Keputusan Juara Pencetus Ummah 2016 Akhir

$
0
0
Pencetus Ummah 2016 musim ke-4 kini beradi di minggu akhir. Ataupun disebut sebagai mimbar akhir Pencetus Ummah. Di sini kami kemaskini keputusan Juara Pencetus Ummah 2016 akhir.

4 peserta layak ke ke pentas akhir Pencetus Ummah 2016.Peserta yang layak ialah PU Akram,PU Zul, PU Mizi dan PU Raihan.

Pentas akhir Pencetus Ummah 2016 berlangsung pada 8 Disember 2016 pada pukul 9 malam di Astro Oasis.
keputusan juara pencetus ummah 2016 musim 4

Keputusan Pemenang Pencetus Ummah 2016 Akhir

Berikut adalah keputusan pemenang Pencetus Ummah 2016 musim 4.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

  • Juara: PU : PU Mizi :RM100,000 & Trofi
  • Naib Juara: PU Zul: RM30,000 & Trofi
  • Ketiga - PU Akram : RM20,000 & Trofi
  • Keempat - PU Raihan : RM,10,000 & Trofi
Adakah anda berpuas hati dengan keputusan Juara Pencetus Ummah 2016 musim 4 ini? Apa-apapun, semoga mereka semua dapat menyumbang kepada ummah selepas rancangan ini berakhir.

Tarikh Keputusan PT3 2016 Diumumkan

$
0
0
Tarikh Keputusan PT3 2016 diumumkan. Sukacita dimaklumkan kepada calon yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) , keputusan akan diumumkan pada 19 Disember 2016.
tarikh keputusan pt3

Tarikh Keputusan PT3 2016


Semua calon yang terlibat bolehlah pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan. Semakan online ataupun SMS tidak tersedia.

Manakala kepada calon yang ingin membuat semakan semula, perlulah mengemukakan dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan.

Tarikh Keputusan PT3 diumumkan: 19 Disember 2016
Tempat: Sekolah masing-masing

Selamat maju jaya kepada semua calon PT3 2016.


Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong & Pegawai Hal Ehwal Islam

$
0
0
Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong & Pegawai Hal Ehwal Islam.Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 kini boleh menyemak keputusan. Untuk pengetahuan, peperiksaan online tersebut telah diadakan pada 6 Disember 2016 yang lepas.

Seramai lebih 4 ribu orang yang telah menduduki peperiksaan ini. Semakan keputusan peperiksaan Penolong dan Pegawai Hal Ehwal Islam ini boleh mula disemak pada 13 Disember 2016.

Berikut dilampirkan notis rasmi dari pihak SPA8i.



Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong dan Pegawai Hal Ehwal Islam

Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan;

Semakan boleh mula dilakukan pada 14 Disember 2016 pada puul 5 petang. Kami di sini akan mengemaskini pautan untuk anda membuat semakan keputusan. Apa ang pasti, semakan dilakukan pada portal rasmi SPA8i.

Selamat membuat semakan keputusan Peperiksaan Penolong dan Pegawai Hal Ehwal Islam.

Keputusan Juara Lawak Solo 2016 Akhir

$
0
0
Lawak solo akhir telahpun sampai ke minggu akhir. Minggu akhir akan menentukan siapakah juara bagi Lawak Solo kali ini. Berikut kami kongsikan keputusan Juara Lawak Solo 2016 akhir.

Sebelum itu, berikut adalah peserta yang bertanding di pentas akhir Lawak Solo 2016.

  • Danial
  • Fikri
  • Mat Sabah
  • Ag Hafiz
keputusan juara lawak solo akhir 2016

Keputusan Pemenang Lawak Solo 2016 Akhir

Berikut adalah keputusan pemenang Lawak Solo 2016 beserta hadiah yang diterima.

  • Juara: Danial - RM80,000
  • Naib JuaraMat Sabah
  • Ketiga:Fikri
  • Keempat: Hafiz
Adakah anda berpuas hati dengan keputusan Juara Lawak Solo Akhir 2016 ini? Apa-apapun, keputusan adalah muktamad.

Keputusan Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3

$
0
0
Keputusan Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3 . Anugerah Melodi berlangsung pada 10 Disember 2016pada pukul 9 malam. Anugerah ini diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC.

Ramai nama-nama besar bertanding di dalam Anugerah Melodi 2016 TV3 ini. Siapakah yang akan menjadi pemenang di dalam setiap Anugerah Melodi 2016 TV3 ini?
keputusan pemenang anugerah 2016 tv3

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori;

  • Personaliti Filem Melodi: Zizan Razak
  • Personaliti Muzik Melodi: Ayda Jebat
  • Personaliti Drama Melodi: Fattah Amin
  • Personaliti Pengacaraan Melodi: Neelofa
  • Personaliti Sukan Melodi: Lee Chong Wei
  • Personaliti Komedi Melodi: Jep Sepahtu
  • Personaliti pasangan sensai Melodi: Akim & Stacy
  • Persoanliti Media Sosial Melodi: Ayda Jebat
  • Personaliti Fesyen Melodi: Nazim Othman
  • Personaliti Sensasi Melodi 2016: Ayda Jebat
Tahniah diucapkan kepada senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3 ini.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017 Online

$
0
0
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), kini bole mula membuat semakan keputusan permohonan. Semakan ini akan menentukan samada pelajar layak untuk dimasukkan ke dalam SBP di Malaysia.

Berikut adalah butir-buti mengenai semakan keputusan SBP 2017 tingkatan 1 ini.
semakan keputusan tingkatan 12017 sbp

Semakan Keputusan SBP 2017 Tingkatan 1

Tarikh semakan: 14 Disember 2016 - 5 Februari 2017.
Link semakan: Klik Di sini

Cara Semakan Keputusan SBP 2017 Tingkatan 1

Berikut adalah cara semakan;
  1. Masuk ke laman web: https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/index.cfm
  2. Masukkan ke angka giliran UPSR murid.
  3. Klik semak.
Jika anda berjaya, anda diminta untuk mencetak keputusan SBP 2017 Tingkatan 1ini untuk dibawa semasa pendaftaran nanti.

Selamat membuat semakan keputusan SBP tingkatan 1 2017.

17 Cara Mudah Hilangkan Pantas Jeragat Anda. Cubalah!

$
0
0
Ada di antara anda tidak tahu bahawa jeragat merupakan satu jenis jerawat. Jeragat selalu kelihatan pada muka, terutamanya pada bahagian hidung dan dagu. Jeragat selalunya terbentuk bila terdapat bahagian pada kulit yang tersumbat disebakan oleh pelbagai faktor seperti minyak, kotoran, dan bakteria. Artikel pada kali ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menghilangkan jeragat pada muka terutamanya pada hidung dan dagu.

Sebab Jeragat Terbentuk Pada Muka

Berikut antara penyebab mengapa jeragat terbentuk pada muka.

  • Perubahan Hormon - Jika anda berada dalam fasa akil baligh atau pun fasa perubahan hormon yang lain, anda berkemungkinan besar akan mendapat ketumbuhan jeragat. 
  • Penggunaan produk - Terdapat satu masa, apabila ubat ataupun produk yang anda gunakan bukannya membuatkan kulit anda lebih baik, malahan menjadi sebaliknya.  Heragat mungkin akan terbentuk disebabkan oleh ini.
  • Minyak berlebihan pada pori kulit - Bila muka terl;alu berminyak, ianya menjadikan kulit anda satu keadaan yang kondusif untuk memerangkap bakteria. Ini akan menyebabkan pertumbuhan jeragat dan jerawat pada muka.
  • Sebab lain seperti kulit mati.
hilangkan jeragat

Cara Menghilangkan Jeragat Pada Muka Dengan berkesan

Lambakan produk menghilangkan jeragat terdapat di pasaran . akan tetapi, anda boleh menggunakan cara alami secara natural untuk menghilangkan parut jeragat. Berikut merupakan beberapa petua dari rumah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan jeragat.

1. Cuba Jus Lemon
Lemon dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin C. Selain daripada itu, ianya juga mengandungi komponen lain yang boleh mencantikkan kulit. Ini akan membantu untuk membersihkan kulit dan bebas dari jeragat/

Cara Guna:

  • Potong lemon kepada dua bahagian.
  • Perah jus lemon dan asingkan kulitnya.
  • Ambil kulit yang diasingkan tadi dan sapukan pada muka. 
  • Lakukan ini dua kali seminggu.
ju lemon hilangkan jeragat

2. Gunakan wap stim untuk menghilangkan jeragat.

Ramai yang sedia mengetahui bahawa wap stim selalunya digunakan di pusat rawatan kecantikan dan spa sebelum rawatan facial dilakukan. Poses menahagalakan muka pada wap stim ini dapat membantu untuk membuka ruang pori pada mula. Ini akan memudahkan untuk jeragat dibuang dari muka. Pada masa yang sama, bakteria dan kotoran lain boleh dibuang bagi mmebuatkan kulit lebih lembut dan bersih.

Cara guna:

  • Jerang air.
  • Selepas mendidih, masukkan ke dalam bekas yang bersih.
  • Halakan muka pada bekas tadi.
  • Stim selama lebih kurang 10 minit.
  • Bersihka muka dengan kain bersih.


3. Tepung oat

Di negara luar, banyak sabun yang berasakan oat yang dikeluarkan. Ini kerana oat membantu dalam menyingkirkan kotoran pada muka. Ia membantu membuang kulit mati pada muka dan juga bakteria yang mungkin terdapat pada muka.

Cara Guna:

  • Sediakan tepung oat dan campurkan dengan yogurt asli (tidak berperisa).
  • Campurkan dan sapu pada muka. Biarkan 10-15 minit.
  • Bilas dengan air suam dan kemudian bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali pori
4. Gunakan sapuan gula.

Ramai yang tidak tahu kegunaan lain bagi gula selain digunakan untuk kegunaan biasa seperti pemanis makanan dan minuman. Gula juga dapat menghilangkan kotoran dan bila diletakkan pada muka, ia akan membuang kulit mati serta kotoran yang terperangkap.

Cara guna: 
  • Campurkan madu dan gula untuk membentuk satu pasta.
  • Sapukan pasta tersebut pada muka secara rata.
  • Masajkan keseluruh muka.\Biarkan ia pada muka untuk 10 minit.
  • Kemudian bersihkan dengan kain bersih.
  • Bila saki baki pada muka dengan air.
  • Lakukan ini seminggu sekali.
gula hilangkan jeragat pada muka


5. Epal Cuka Cider 

Jika anda kehabisan toner, tahu tak yang  anda boleh gunakan  apple  cider vinegar. Ia sangat berkesan menghilangkan kotoran  pada mula. Ia juga mengandungi komponen  yang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan oembentukan jeragat dan jerawat,

Cara guna: 
  • Campurkan satu sudu apple cider vinegar dengan secawan air.
  • Menggunakan kapas, sapukan pada muka.
  • Biarkan ia pada muka selama 20 minit.
  • Bila dengan air suam.
hilangkan parut jeragat
6. Menggunakan Strawberi

Anda pasti tidak menyangka strawberi pun boleh termasuk di dalam senarai ini kan.  Sebab utama ianya berkesan menghilangkan jeragat adalah disebabkan oleh teksturnya yang lembut. Ia boleh membantu membuang kotoran yang terperangkap pada kulit. ia juga boleh digunakan untuk membuang kulit mati yang menjadi penyebab utama jeragat.

Cara guna:

  • Hancurkan strawberi sehingga lumat.
  • Letakkan sesudu madu dan gaulkan hingga jadi sedikit likat.
  • Kemudian sapukan pada muka.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Lakukan ini seminggu 2 kali.
7. Jus limau

a seperti jus lemon, jus limau juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang boleh menghilangkan kesan jeragat pada kulit. Jus limau berkesan menghilangkan minyak yang menjadi penyebab tumbuhnya jeragat. Ini akan menjadikan kulit anda licin dan berseri

Cara guna:
  • Campurkan jus limau dengan minyak kacang tanah.
  • Hasilkan satu campuran yang sebati.
  • Sapukan padamuka.
  • Selalula amalkan ini untuk kesan yang terbaik.
8. Basuh muka dua kali sehari.

Jeragat terbentuk bila kulit tersumbat disebabkan oleh beberapa faktor seperti minyak, kotoran dan bakteria. Anda boleh gunakan pencuci muka tidak berminyak untuk membuang kulit mati  dan lakukan ini 2 kali sehari.

9. Gunakan Madu

Madu berkesan dalam menghilangkan jeragat. Madu mengandungi antibaketria dan ianya baik untuk memperbaiki peradaran darah pada kulit untuk membuatkan ianya lembut dan sihat.

madu hilangkan jeragat

10. Aloe vera.

Aloe vera merupakan bahan semualajadi yang berkesan dalam proses penyembuhan luka dan minor burns( melecur). Aloe vera juga boleh membnatu mengurangkan parut luka da juga menghilangkan kesan dari jerawat sepeprti jeragat.

11. Baing Soda

Baking soda merupakan ramuan yang baik untuk menghilangka jeragat keranaianya boleh menghilangkan apa sahaja yang tersumbat pada pori kulit. Campurkan dengan air dan membentuk satu campuran yang pekat, kemudian sapukan pada muka.

12. Yogurt

Yogurt juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat.

13. Ubat gigi

Basuh muka dngan bersih, kemudian ambil ubat gigi dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan campuran tadi pada bahagian muka. Sapu rata kemudian bilas dengan air suam.

14. Tomato

Kupas dan cincang tomato hingga lumat membentuk satu pes. Kemudan sapukan pada bahagian yang mempunyai jeragat seperti hidung. Tunggu selama 30 minit , kemudian bilas dengan air.


tomato hilangkan jeragat
15. Cream Benzoyl Peroxide

Gunakan krim yang mengandungi Benzoyl Peroxide. krim yang mengandungi benzoyl peroxide mampu bertindak sebagai antibakteria. ia akan membunuh bakteria pada permukaan kulit dan membuang kulit mati pada muka. Tetapi diingatkan bahawa jika anda ada alergik terhadap kandungan benzoyl peroxide, jangan gunakan. Apa yang penting dapatkan produk yang selamat digunakan dan mendapat pengesahan KKM. Ealakkan guna produk yang telah diharamkan KKM.

16. Asid salicylic

Asid salicylic membantu membunuh bakteria pada permukaan kulit sama seperti peroxide. Ia juga mampu untuk mengelakakn sebarang benda tersumbat pada pori kulit. 

17. Daun ketumbar

Daun ketumbar mempunyai kebaikan untuk kesihatan yang banyak. Anda boleh gunakan jua daun ketumbar untuk menghilangkan jeragat dan jerawat. Jadikan daun ketumbar ibarat sepeprti masker, dan letakka pada muka selama 30 minit, kemdudian bilas muka dengan air.


Video Cara Hilangkan Jeragat dengan mudah

Berikut dikongsikan satu video menunjukkan bagaimana cara untuk menghilangkan jeragat pada muka dengan berkesan. Anda boleh menonton video ini dan boleh aplikasikan ini di rumah. Video ini berdurasi 1 minit lebih dan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimana menghilangkan jeragat.




Kesimpulan

Kesimpulannya, ini merupakan antar acara yang anda boleh guna unuk menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan pada muka. Pastikan untuk aplikasikan cara ini dengan berterusan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Bila Tarikh Duit Pembayaran BR1M 2017 Dikreditkan

$
0
0
Bantuan Rakyat 1 Malaysia merupakan bantuan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Tarikh Pembayaran BR1M 2017 telahpun diumumkan kerajaan.

Sebelum itu, berikut adalah jumlah pembayaran yang diberikan kepada semua penerima BR1M 2017.
tarikh pembayaran br1m 2017

Jumlah BR1M 2017

  • Isi rumah / E-kasih : RM1200
  • isi Rumah : RM900
  • Individu bujang : RM450

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Manakala berikut pula adalah tarikh pembayaran BR1M 2017.

  • E-kasih  ( RM400 februari, RM400 Jun, RM400 Ogos)
  • isi rumah (RM300 Februari , RM300 Jun, RM300 Ogos)
  • Bujang (Rm450 Februari)
Selamat menerima duit BR1M 2017. Semoga tarikh pembayaran BR1M 2017 ini dapat membantu anda untuk mengetahui bilaah BR1M 2017 dapat dimasukkan ke dalam akaun anda.

Petua Kuruskan Badan MUDAH dan SENANG

$
0
0
Apakah petua kuruskan badan yang paling berkesan dalam dunia ini? Bercakap mengenai perkara ini. Sebenarnya tidak susah hendak turunkan berat badan dan menjadi kurus jika tahu apa yang kita buat dan tahu apa yang kita makan.
kuruskan badan

Kira Kalori..

Tidak ramai yang tahu berapa kalori perlu di makan setiap hari. Ada yang tidak sedar telah termakan lebih kalori dari yang diperlukan badan. Itu yang menyebabkan badan pun lagi cepat naik.


Petua kuruskan badan dengan limau nipis

Tidak  kurang juga ada yang memberi tips bahawa limau nipis antara petua kuruskan badan. Jika anda amalkan pun pengambilan limau nipis setiap hari, tetapi pemakanan tidak dijaga tetap tidak berguna juga.

Petua kuruskan badan secara tradisional

Secara tradisionalnya, orang dulu-dulu hanya menggunakan herba dan tumbuhan serta buah-buahan. Tidak ada produk-produk macam sekarang. Sebagai contoh, ada yang menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian mereka untuk kekal sihat dan mendapat bentuk badan yang diinginkan.

Petua kuruskan badan dalam seminggu

Adakah boleh kuruskan badan hanya dalam seminggu? Ya. Tidak mustahil. Tetapi daripada seorang yang gemuk menjadi seorang yang kurus dalam seminggu adalah satu perbuatan yang tidak sihat. Ianya akan menzalimi badan anda sendiri. Ini kerana badan tidak beradaptasi secara perlahan-lahan kepada bentuk badan ataupun berat badan anda. Ini yang kebanyakkanya dipromosikan oleh produk-produk di luar sana.

Kalau nak turunkan berat badan, biarlah secara sihat.sihat.

Petua kuruskan badan selepas bersalin

Untuk seorang yang berbadan besar secara natural, dan seorang yang berbadan besar selepas bersalin, tidak ada bezanya bagaimana cara untuk anda mengurangkan berat badan. Cuma ikuti cara yang ditunjukkan petua kuruskan badan.

Kalau anda tidak kisah untuk laburkan sedikit duit untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Lepas ni bolehlah anda berjalan ke tempat kerja, ke luar, tanpa malu. Nak pergi joging di taman pun kurang rasa malu sebab badan dah tak besar macam dulu. 

Apa yang saya maksudkan, laburkan duit sedikit sahaja untuk dapatkan panduan dari A sehingga Z bagaimana anda boleh turunkan berat badan.. lihat sini --> Petua Kuruskan Badan

Keputusan Penuh JDT VS Chonburi FC 10.1.2017

$
0
0
Perlawanan persahabatan antara JDT vs Chonburi Fc berlangsung pada 10 januari 2017. perlawanan ini merupakan perlawana  sebelum musim bermula.


Keputusan JDT vs Chonburi FC 10 januari 2017



Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan pasukan JDT menentang Chonburi FC yang berlangsung pads 10 Januari 2017.

Full Time
JDT PRESEASON FRIENDLY MATCH | 10TH JANUARY 2017

Full Time

CHONBURI FC [1-1] JDT
(Nurul Sriyankem 30')
(Brian Ferreira 19'(pen)

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
'

chonburi

Beli Congkak Online dengan Harga Murah

$
0
0
Congkak merupakan permainan tradisional Malaysia. Congkak boleh dimainkan di mana sahaja. Adakah anda mencari dan ingin membeli congkak secara online? Ya, congkak pun boleh dibeli secara online.

Jika diteliti, harga secara online adalah lebih murah berbanding beli di kedai. Berikut kami senaraikan jenis congkak dan juga harga.

Beli Congkak Online

Congkak kayu dengan biji guli.

Harga: RM46.00
Nak beli? Beli di sini

Congkak boleh lipat plastik dengan buah biji plastik

Harga: RM65.50
Nak beli? Beli di sini.

Congkak berwarna warni

Harga: RM60.00
Nak beli? Beli di sini

Congkak kayu seperti seramik marble.
marble congkak


Harga: RM70.00
nak beli?Beli sini

Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih congkak yang anda inginkan. Beli secara online lagi mudah dan senang berbanding pergi ke kedai.

Contoh Soalan MEDSI UPSI Tahun 2017

$
0
0
MEDSI merupakan satu ujian yang perlu diduduki oleh calon yang memohon untuk memasuki UPSI. Pada artikel kali ini, kami berkongsi dengan anda berkenaan contoh soalan MEDSI dan panduan menjawabnya. Diharap ini dapat membantu anda.

Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah satu-satunya Universiti Awam (UA) yang mengkhususkan kepada kos perguruan. Ianya adalah pilihan ramai pelajar untuk menceburi bidang perguruan selain Institut Pendidikan Guru.

Bagi sesiapa yang ingin memasuki UPSI, mereka perlulah menduduki terlebih dahulu ujian UPSI. Ini sama seperti menduduki UKCG bagi Maktab Perguruan

Contoh soalan ujian MEDSI UPSI tahun 2016. Bagi sesiapa yang layak, mereka akan menduduki ujian MEDSI UPSI bermula pada (akan diberitahu kelak)

Berikut merupakan panduan dan juga contoh soalan menduduki MEDSI UPSI 2017.

Panduan menduduki MEDSI UPSI 2017

Format soalan
- 300 soalan dalam masa 4 jam
- 4 bahagian : Bahagian 1 (personaliti 110 soalan), Bahagian 2 (minat kerjaya- 60 soalan), bahagian 3 (nilai integriti 70 soalan), bahagian 4 (kecerdasan emosi 40 soalan)

- soalan berbentuk aneka pilihan


Contoh soalan MEDSI UPSI 2017


medsi upsi

medsi upsi

medsi upsi

medsi upsi



Contoh Ayat Songsang dan Ayat Biasa

$
0
0
Ayat songsang merupakan salah satu topik di dalam Subjek Bahasa Melayu (BM). Pada artikel ini, akan diterangkan contoh ayat Songsang dan juga ayat biasa.

Bagi memudahkan untuk anda faham, ayat songsang merupakan ayat yang telah diterbalikkan. Walaupun diterbalikkan susunannya, ayat tersebut masih lagi betul.
contoh ayat songsang

Contoh Ayat Songsang dan Ayat Biasa

Secara normal, ayat biasa terdiri daripada 2 bahagian,

Subjek + Predikat.

  • Subjek merupakan benda/objek/manusia/haiwan yang ingin diterangkan
  • Predikat pula adalah sifat yang disandarkan kepada subjek tadi.
Sebagai contoh ayat;

cth: Guru disiplin saya sangat garang.

Subjek: Guru disiplin saya
Predikat: Sangat garang.

===============


Itu contoh ayat biasa.

Manakala berikut pula adalah format dan contoh ayat songsang.

Predikat + Subjek

contoh ayat: " Sangat garang guru disiplin saya"

Simple sahaja. Senang kan?


Semoga ini dapat membantu anda untuk memhami apa itu ayat songsang dan bagaimana format dan contoh ayat songsang.

Contoh Karangan Bahasa Inggeris (Mudah & Terbaik)

$
0
0
Pada artikel kali ini, kami berkongsi dengan anda contoh karangan Bahasa Inggeris yang terbaik dan mudah difahami. Karangan English ini kami himpunkan tajuk-tajuk yang biasanya diajar di sekolah. Anda boleh baca dan dapatkan isi-isi penting di dalam karangan Bahasa Inggeris ini.

Contoh Karangan Bahasa Inggeris Terbaik


Tajuk: My Favourite Teacher

Contoh Karangan Bahasa Inggeris
 
Tajuk: My Best Friend

Contoh Karangan Bahasa Inggeris

Tajuk: Haze

Contoh Karangan Bahasa Inggeris


Contoh Karangan Bahasa Inggeris

Tajuk: My Mother

Contoh Karangan Bahasa Inggeris
Contoh Karangan Bahasa Inggeris

Semoga contoh karangan Bahasa Inggeris ini dapat membantu anda untuk menulis sendiri karangan English anda.
Viewing all 435 articles
Browse latest View live