Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all 435 articles
Browse latest View live

Live Streaming Malaysia vs Laos 23.8.2017 Sukan Sea

$
0
0
Pasukan Malaysia meneruskan lagi perlawanan berbaki di dalam kumpulan bag kejohanan Sukan Sea 2017. Malaysia bertemu Laos dalam perlawanan ke empat ini. Seperti yang doketahu, Malaysia telahpun layak untuk mara ke separuh akhir. Ini bermakna, Malaysia bermain tanpa sebarang tekanan.

Adakah Malaysia mampu mengekalkan kemenangan pada perlawanan kali ini? Sama-sama kita saksikan.
live streaming mas vs laos

Live Streaming Malaysia vs Laos 23 Ogos 2017

Berikut adalah maklumat perlawanan pada kali ini.

Pasukan: Malaysia vs Laos
Tarikh: 23.8.2017
Tempat: Stadium Shah Alam
Masa: 8:45 malam

Berikut adalah link untuk nada menonton live streaming siaran langsung perlawanan Malaysia menentang Laos ini.

(akan dikemaskini.Bookmark page ini)

Selamat menonton.



Khairul Hafiz Jantan Raih Emas 100 Meter Sukan Sea

$
0
0



 Kemenangan terhadap atlit Malaysia Khairul Hafiz Jantan  yang digelar ‘Speedy Jantan’ telah membanggakan Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100 meter(L). Beliau berjaya membuktikan dirinya manusia terpantas di Asia Tenggara selepas berjaya mengalahkan juara bertahan Eric Cray dari Filipina.
 Kemenangan ini juga telah menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata puji dan bangga dengan pencapaian Khairul Hafiz.
 Khairul Hafiz berjaya melepasi garisan penamat dengan masa 10.38s sekaligus mengalahkan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mencatat masa 10.43s. Manakala, Kritsada Namsuwun dari Thailand juga mencatat masa 10.43s untuk gangsa. Rakan sepasukan Khairul Hafiz, Jonathan Nyepa dari Sarawak menduduki tangga kelima pada 10.66s.
 Kini Malaysia kembali bangkit setelah 14 tahun tidak memenangi pigat dalam acara larian 100 meter. Malaysia pernah mencipta sejarah menerusi tiga pelari lelaki negara yang berjaya meraih pingat emas bagi acara 100 meter bermula pada tahun 1965, 1967 dan 2003. 
 Tan Sri Dr. M. Jegathesan, G. Rajalingam dan Nazmizan Muhammad adalah individu istimewa yang pernah mengharumkan nama negara dalam acara 100 meter. Kini hadirnya lagi satu wira negara yang mengharumkan nama negara.

Terima Kasih Rakyat Malaysia



 TERIMA kasih kepada semua rakyat Malaysia, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim). Saya gembira sangat, tak tahu nak cakap apa dan ini hadiah untuk ayah, keluarga dan semua rakyat Malaysia
Saya rasa gementar namun bersyukur mampu dapatkan pingat emas. Alhamdulillah janji saya kepada jurulatih dan semua penyokong untuk mendapatkan pingat emas, terhasil. Kejayaan ini amat istimewa kerana ini penyertaan pertama saya di Sukan SEA dan berjaya mendapat pingat emas.

Khairul Hafiz berjaya menamatkan kemarau pingat emas 14 tahun apabila berjaya menjuarai acara riben biru.

Reaksi Rakyat Malaysia






Tempat tempat menarik di Sabah

$
0
0









 

Tempat-tempat menarik di Sabah
Negeri Sabah memang terkenal dengan kehijauan dan merupakan destinasi pelancong dek kerana mempunyai banyak tempat-tempat menarik di Sabah. Bagi yang meminati tempat-tempat belatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi, di sini admin nak kongsikan sedikit sebanyak tempat yang boleh anda lawat ketika mengunjungi Negeri Di Bawah Bayu ini.


 Tempat-tempat menarik di Sabah

1)      Kinabalu Park

Terletak di Kundasang, sabah dan perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu ini menyajikan pemandangan kehijauan alam yang cukup indah. Kinabalu Park juga merupakan laluan utama bagi mereka yang ingin melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu.


2)      Rainforest Discover Centre

Terlekak di Sepilok Sandakan dan banyak kajian mengenai alam semulajadi Borneo dijalankan disini. Bagi pelawat yang ingin melihat haiwan secara live, anda dikehendaki untuk berjalan kaki di sepanjang denai dan haiwan yang sering kali kelihatan jika bernasib baik ialah pelanduk, musang, tarsier, monyet dan macam-macam lagi haiwan daripada specis burung dan serangga.
 

3)      Pulau Sipadan

Sebagai info, Pulau Sipadan tersenarai dalam 10 Pulau tercantik di dunia.
 

4)      Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Terletak 20 minit perjalanan mengunakan bot  dari Kota Kinabalu dan taman ini merupakan gabungan 5 buah pulau yang berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi.
 

5)      Lembah Danum

Terletak dibahagian Lahad Datu, Sabah, hutan ini merupakan habitat bagi badak sumatera, urang utan, ungka, harimau dahandan pelanduk. Tempat ini menawarkan keindahan semula jadi yang sangat memukau dan sangat bagus untuk mereka yang inginkan istirehat.
 

6)      Via Ferata Gunung  Kinabalu

Bagi mereka yang inginkan cabaran, aktiviti ini adalah terbaik untuk anda. Via ferata atau laluan besi merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa rel, kabel ban siri anak tangga yang melekat pada permukaan batu gunung Kinabalu.
 

7)      Pulau Tiga

Terletak 120KM dari Kota Kinabalu Sabah dan juga dikenali sebagai Survivor Island kerana pulau tersebut tidak diduduki.
 

8)      Pulau Layang-layang

Pulau ini dijadikan lokasi menyelam kedua popular selepas Pulau Sipadan. Kawasan pulau yang luar inimenempatkan resort 90 bilik, pangkalan tentera laut Malaysia dan merupakan tempat penetasan beberapa jenis burung laut yang berhijrah.
 

Semoga perkongsian Tempat-tempat menarik di Sabah bermanfaat kepada anda.




Live Streaming Badminton Akhir Sukan Sea 2017 Malaysia vs Thailand

$
0
0
Seperti yang diketahui, perlawana merebut emas bagi acara badminton adalah antara pasukan malaysia dan Thailand. Anda sedang mencari siaran langsung Malaysia vs Thailand Badmnton Sea games 2017? Anda berada di tempat yang betul.

Live Streaming Badminton Akhir Sukan Sea 2017 Malaysia vs Thailand

Berikut adalah link untuk anda menonton secara langsung perlawanan ini.



Selamat menonton kami ucapkan.

Hukum Qunut Dalam Solat Subuh

$
0
0






 Kadang ada sesetengah orang tidak mengetahui apa sebenarnya hukum melakukan qunut dalam solat subuh . Kita lihat saudara islam kita bila solat subuh ada yang melakukan dan ada juga yang tidak melakukan. Ada pendapat kata melakukan qunut dalam solat subuh adalah satu bida'ah"Tak boleh buiat". Ada pula yang mengatakan perkara qunut ini adalah wajib dalam solat subuh" mesti buat" . jadi apakah hukum sebenarnya qunut ini dalam solat subuh.

 Sebenarnya memang ada pendapat ulama yang berlainan. Tapi kita tak perlu pening-pening atau keliru, disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD ( sunat yang dituntut/disuruh) . Maksudnya sebaiknya kita lakukan. Jika terlupa atau sengaja meninggalkan qunut, solat subuh tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita melakukan Sujud Sahwi. " macam mana pula kalau tak buat Sujud Sahwi?? Tak lakukan tak apa, solat tetap akan SAH sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat .



 Lepas ni tak perlu lagi keliru atau nak bahs panjang-panjang sampai lari tajuk..ahahaha.. Kalau kita buat dan orang lain tak buat jangan anggap orang yang tak buat tu solatnya tak sah atau pun anggap orang tu sesat. Kalau kita tak buat, jangan pula anggap orang yang buat tu melakukan satu bida'ah.

Wallahu a'lam... yang baik itu datangnya dari Allah

Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champion s League 2017/2018

$
0
0



Bagi peminat bola sepak, permulaan musim bola sepak telah bermula dan pastinya mereka ingin mengetahui Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champion s League 2017/2018. Adakah Real Madrid akan memenangi  UEFA Champion s League untuk kali yang ketiga berturut-turut?

Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champion s League 2017/2018

 Kumpulan A
 

Kumpulan B
 Kumpulan C

 Kumpulan D

 Kumpulan E

Kumpulan F

 Kumpulan G

 Kumpulan H
Semoga info Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champion s League 2017/2018 ini bermanfaat kepada anda



Review Abang Long Fadil 2. Lawak Tidak Cliche

$
0
0
Hari ini tadi berkesempatan menonton filem Abang Long Fadil 2. Filem ni merupakan pilihan kedua selepas melihat tayangan Bad Genius yang agak lewat,maka kami memilih untuk menonton Abang Long Fadil 2.

Apa yang aku boleh katakan dengan filem ini adalah, ianya tidak mengecewakan. Umum mengetahui genre filem ini adalah komedi aksi. Dimana peneraju utama Zizan, seorang pelawak.

Lawak Yang Kurang Cliche

Aku menjangkankan lawak yang akan ditunjukkan dalam filem ini akan hambar.Ternyata jangkaan aku meleset. Lawak yang ditonjolkan agak fresh dan bisa membuatkan sesiapa tercuit hati dan akan tertawa.

Apa yang bestnya, kebanyakan lawak yang ditonjolkam adalah lawak dari dialog yang dilemparkan dan bukannya dari lawak slapstik. Agak tertarik dengan penulis skrip cerita ini.

Plot Yang Bergerak

Berbanding dengan Abang Long Fadil 1,Abang Long Fadil 2 lebih kemas plot penceritaanya. Setiap babak disusun dengan baik dan mempunyai kaitan satu sama lain.Terdapat juga beberapa plot twist di dalam cerita ini. Bagaimanapun,plot twist yang dipaparkan masih belum lagi tahap "mind blowing". Tetapi,ianya sudah cukup baik.

Pelakon yang membawakan watak dengan baik

Setiap pelakon yang diberikan watak,mampu menjiwai dan memperlihatkannya di dalam lakonan. Dan agak mengejutkan, Wak Doyok yang buat pertama kalinya keluar di layar besar mampu berlakon dengan begitu baik.Lagi baik dari kebanyakan pelakon drama pukul 7.

Kualiti Cinematografi

Cinematografi dalam filem ini juga patut dipuji. Bukan seperti kebanyakan filem melayu apabila ditonton ianya setaraf menonton kualiti gambar drama. Menonton Abang Long Fadil 2 terasa seperti menonton filem dengan kualiti gambar filem-filem dari Thailand,Korea dan Jepun.

Kesimpulan

Beberapa tahun lepas, saya pernah melihat filem melayu sebelum ini di pawagam.Juga lakonan Zizan. Selepas menonton, saya terasa rugi membayar harga tiket. Tapi tidak untuk filem Abang Long 2 ini, rasa berbaloi dengan harga tiket. Secara purata,saya berikan 8.0/10.

Beli Tiket Malaysia vs Thailand Final Sukan Sea 2017 Bolasepak

$
0
0
Seperti yang diketahui, perlawanan akhir merebut pingat emas bagi acara bolasepak Sukan Sea 2017 akan mempertemukan Malaysia dan Thailand.

Perlawanan Malaysia vs Thailand akan berlangsung pada...
mas vs thailand sukan sea 2017

Harga Tiket Malaysia Vs Thailand Bolasepak Sea Games 2017

Berikut adalah harga tiket dan tempat membeli tiket.

Harga:
Tempat membeli:



Undian Peringkat Kumpulan Ueropa League 2017/2018

$
0
0


Undian Peringkat Kumpulan Ueropa League 2017/2018 telah dikeluarkan. Bagi peminat bola sepak bolehlah melihat di manakah kumpulan pilihan anda dalam peringkat kumpulan ini.

Undian Peringkat Kumpulan Ueropa League 2017/2018


Semoga perkongsian  Undian Peringkat Kumpulan Ueropa League 2017/2018  ini bermanfaat kepada anda.

Niat Solat Hari Raya Haji ( Aidil Adha ) Dan Cara Mengerjakannya

$
0
0



 Hari Raya Haji atau Aidil Adha dilakukan setiap sekali dalam setahun yang mana perayaan ini di sambut oleh seluruh umat islam di dunia. Hari Raya ini juga di namakan sebagai Hari Raya Korban, di mana waktu Hari Raya ini banyak yang membuat korban. Pada waktu ini juga, setelah menjelangnya Hari Raya Haji ini seluruh umat islam di Sunatkan untuk Sembahyang Hari Raya Haji Seperti Hari Raya Puasa.


Lafazh Niat Solat Hari Raya Aidil Adha :


Cara Mengerjakan Solat Aidil Adha


  • Pada Rakaat pertama sesudah niat dan takbir 7 kali, disunatkan membaca :

" Subahanallah wal hamdu lillah wa laa ilaah illallaah wallahu akbar " 

selanjutnya membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan membaca mana-mana surah yang disukai, Yang paling utama Surah Qaf atau surah Al-A'la.

  • Pada Rakaat kedua pula, sesudah berdiri untuk rakaat kedua dengan membaca doa seperti bacaan pada rakaat pertama, selanjutnya membaca surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan surah yang kita kehendaki. tetapi baik membaca surah Al-Ghasyiah dengan suara yang nyaring. Imam menyaringkan adalah dengan mengeraskan suaranya di waktu membaca Surah Al-Fatihah dan surah-surah yang lain, sedangkan makmum tidak nyaring.
  • Solat ini dilakukan dengan 2 rakaat seperti solat lainnya.
  • Khutbat untuk solat sunat Aidil Adha adalah seperti solat sunat Aidil Fitri iaitu di kerjakan setelah selesai solat sunat Aidil Adha. Khutbah ini dilakukan dengan dua khutbah. Khutbah pertama dengan melafazkan 7 takbir dan khutbah kedua di lafazkan dengan 5 takbir.

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Final Sukan Sea 2017

$
0
0
Perlawanan akhir Sukan Sea 2017 mempertemukan pasukan Malaysia menentang Thailand. Setelah menewaskan Indonesia, kini Malaysia menuju ke perlawanan akhir merebut pingat emas menentang Thailand pada 29//8/2017

Jika anda ingin membeli tiket perlawanan ini, lihat di sini --> Beli Tiket . Semetinya ini merupakan perlawanan yang ditunggu -tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana pingat emas bagi acara Bolasepk adalah ibu kepada segala pingat temasya sukan.

Live Streaming Malaysia vs Thailand Sukan Sea Akhir 2017

Perlawanan Malaysia vs Thailand ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Masa: 8:45 PM
Tarikh : 29 Ogos 2017
Tempat: Stadium Shah Alam

Lihat link live streaming di bawah ini:

(akan dikemaskini)..

Sama-sama kita memeriahkan perlawanan ini dengan memberi sepenuh sokongan.

Lihat di sini keputusan perlawanan ini..

Malaysia Capai Misi 111 Pingat Emas Dalam Sukan Sea 2017

$
0
0


 Kuala Lumpur - Malaysia akhirnya berhasil mencapai sasaran Pingat Emas sebanyak 111 yang ditetapkan sebelum pelaksanaan Sukan Sea dua tahunan ini berlangsung.

 Capaian target Malaysia ini disampaikan langsung oleh Menteri Pemuda dan Olah Raga Malaysia, Khairy Jamalludin melalui akun twitter-nya @Khairykj Senin malam (28/8).

@Khairykj : Mission accomplished. #111 done #KitaJuara. Twit Khairy yang artinya misi tercapai ini  mendapatkan 8,623 retweets dan 4,277 like.

"Sasaran 111 emas ini bukanlah satu rekod baru tetapi hanya satu penanda terdapat peningkatan prestasi atlet Malaysia dibandingkan pencapaian Sukan Sea sebelumnya," ujar Khairy.

Dia mengatakan ini adalah sejarah tercipta dimana Malaysia bukan saja berhasil muncul sebagai juara keseluruhan malah turut mencapai sasaran 111 Pingat Emas.

"Bahkan kita mungkin akan dapat meraih beberapa emas yang akan dipertandingkan," katanya.

Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak telah melakukan siaran secara langsung dari akaun laman sosial miliknya dengan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada atlet dan rakyat Malaysia yang memberi dukungan sejak awal temasya ini bermula.

 Pernada Menteri Dato Sri Najib Razak juga hadir ke hotel penginapan Tim Malaysia di Hotel Renaissance sebagaimana dia janjikan kalau Malaysia berhasil meraih 111 emas. Malaysia akan Menyambut cuti sehari sebagai menyambut hari peristiwa kemenangan terhadap Malaysia.


Live Streaming Upacara Penutupan Sukan SEA 2017

$
0
0
Anda sedang mencari live streaming untuk menonton majlis penutupan Sukan SEA 2017? Seperti yang kita tahu, penutupan Sukan SEA 2017 berlangsung pada 30 Ogos 2017.

Satu kejayaan bagi Malaysia kerana berjaya mencapai pungutan pingat emas yang tertinggi sekaligus menjuarai temasya sukan Sea 2017 kali ini.
upacara penutupan sukan sea 2017

Live Streaming Sukan Sea 2017 Upacara Penutupan 

Anda boleh menonton secara langsung upacara penutupan Sukan SEA 2017 pada saluran di bawah ini:


Kebaikan Bunga Raya Dijadikan Ubat

$
0
0





 Bunga raya atau nama saintifiknya adalah " botaninya hibiscus rosa sinensis" merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c. Bunga raya mempunyai pelbalgai warna, namun kebiasaan yang kita lihat adalah warna merah. Bunga raya juga dijadikan lambang kebesaran bagi negara malaysia.

 Satu penyelidikan telah dibuat dan telah menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan seperti meminum teh. Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan.

 Bunga raya boleh dijadikan ubat untuk merawat bisul, kulit gatal, demam panas, luka kecil, bengkak dan penyakit kulit serta mampu melebatkan rambut dan bulum kening.

 Bunga raya juga mampu menambahkan banyak air mani dan merawat salur kencing dengan cfara minum air rebusan kudup bunga raya.



 Selain itu, daun dan pucuk bunga raya juga memudahkan ibu mengandung melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

 Kebaikan bunga raya yang selalu orang gunakan adalah untuk merawat demam dan sakit kepala.

 Salah satu kebaikan yang perlu diambil tahu juga adalah bunga raya baik untuk merawat jangkitan seksual, melawaskan pembuangan air kcil dan boleh dijadikan penawar racun.

Senarai ETnik Di Sabah

$
0
0



Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti di negeri ini. Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan kawasan menjangkau 72,000 kilometer persegi.

Selain mempunyai 33 senarai etnik, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang diversiti, pengunaan bahasa kebangsaan ditutur secara meluas di negeri ini.
Selain mempunyai etnik yang banyak, Sabah juga terkenal dengan Gunung Kinabalu yang mencecah ketinggian 4,095.20m dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia.

Berikut merupakan senarai etnik di Sabah.
  1. Kadazandusun
  2. Rungus
  3. Bajau
  4. Melayu Brunei
  5. Murut
  6. Orang Sungei
  7. Iranun
  8. Bonggi
  9. Kwijau
  10. Paitan
  11. Lun Bawang
  12. Lundayeh
  13. Kedayan
  14. Suluk
  15. Iban (Iban Merotai)
  16. Binadan
  17. Bisaya [1]
  18. Kokos
  19. Rumanau
  20. Lotud
  21. Minokok
  22. Tidung
  23. Rungusĺ
  24. Kagayan
  25. Tatana
  26. Tagaas
  27. Ubian
  28. Kimaragang
  29. Bajau Laut
  30. Ida'an
  31. Inokang
  32. sonsogon
Kadazan-Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Etnik Kadazan-Dusun ini mempunyai pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisionalkerana terdapat 27 suku kaum kecil di dalamnya.

Contoh kaum kecil dalam etnik ini adalah seperti Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan banyak lagi.

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah adalah Bajau, atau juga dikenali sebagai 'Koboi Timur'.  Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah adalah Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu.
Sebagai tambahan,orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini. Perkhawinan antara kaum Cina dan Kadazan-Dusun juga mewujudkan masyarakat baru yang lebih dikenali sebagai Sino.

Jikalau terdapat sebarang maklumat atau info terbaru yang anda tahu mengenai senarai etnik di Sabah diharap anda boleh memberi maklum balas agar penambahbaikan artikel ini dapat dibuat selaras dengan maklumat terkini. Sekian terima kasih.



Viewing all 435 articles
Browse latest View live