Baru-baru ini harga petrol di Malaysia telahpun turun sebanyak 31 sen. Penurunan ini sedikit sebanyak melegakan kebanyakkan pengguna kereta di Malaysia. Harga RON97 pula telah hampir menyamai harga RON95 sebelum ini. Sehubungan dengan itu ramai juga yang berjinak-jinak untuk menggunakan RON97 dengan alasan RON97 lebih baik dari RON95. Benarkah?
Beza RON95 dan RON97
Sebelum itu, mari kita definisikan apa itu RON? RON merupakan ringkasan daripada perkataan Research Octane Number di mana ianya ukuran standard untuk bahan bakar. Setiap enjin diciptakan berbeza kesesuaian RON.
Secara amnya, RON97 sesuai untuk jenis kereta yang berkuasa tinggi yang mempunyai 2,400cc ke atas.
Apa yang penting ialah, anda kena elakkan untuk menggunakan RON rendah daripada RON yang sesuai untuk enjin anda diciptakan.
RON97 boleh meningkatkan keupayaan enjin?
Adakah benar ianya boleh menignkatkan "performance" enjin? Mitos yang paling popular dikalangan kita rakyat Malaysia ialah, "guna RON97 baik untuk enjin, enjin boleh tahan lama." Tetapi sebaliknya. Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa penggunaan RON97 untuk kenderaan anda boleh meningkatkan tahap keupayaan enjin anda berbanding enjin. Ianya cuma petrol. Tidak lebih dari itu.
RON97 boleh jalan lebih kilometer berbanding RON95?
Ini juga merupakan kesilapan konsep yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Mereka mengatakan RON97 boleh lari jauh daripada RON95?
Yang sebenarnya, berapa jauh kita boleh memandu bergantung kepada keadaan jalan raya dan bagaimana kita mengawal kenderaan. Walaubagaimanapun, memandu dengan mengurangkan kelajuan dan memecut dengan kadar sederhana terbukti boleh mejimatkan minyak anda.
Maka jelaslah di sini, tiada istilah RON97 lebih baik daripada RON95. Kenderaan yang menggunakan RON97 tidak semestinya akan mempunyai enjin yang lebih 'bersih' daripada kenderaan yang menggunakan RON95.