Lesung pipit merupakan satu bentuk lekukan pada pipi yang mana ianya akan menambahkan kecantikan pada senyuman sesiapa sahaja yang memilikinya. Tetapi, tahu kah anda fakta mengenai lesung pipit ini? Teruskan membaca.
Penyebab dan Kelebihan Lesung Pipit
Satu otot pada pipi yang dikenali sebagai zigomaticus , otot ini bersambung terus ke bahagian kulit pipi kita.Lesung pipit terhasil apabila otot ini menarik kuat sehingga membentuk lekukan pada pipi. Ianya selalu berlaku ketika senyum ataupun bercakap. Orang yang mempunyai lesung pipit adalah orang yang mengalami ketidaknormalan pada lesung pipit, di mana otot zigomaticus mereka adalah pendek berbanding orang normal lain.
Di sini boleh disimpulkan bahawa, tidak semua ketidaknormalan itu tidak cantik. Adakalanya ianya satu kelebihan bagi seseorang.
Jom, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mempunyai lesung pipit.