Sesiapa yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan, adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2016.
Berikut adalah sayarat permohonan:
Berikut adalah sayarat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
- Sihat tubuh badan.
- Lulus SPM dengan memperoleh cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
- Memperoleh sekurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Menepati syarat khusus setiap kursus yang ditawarkan (boleh dilihat pada website permohonan)
Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah:
- Sekolah Kebangsaan ( BM, BI, Bhs Cina, Bhs Tamil, Bhs Iban, Bhs Kadazandusun)
- Sekolah Jenis Kebangssan Cina ( BM, BI, Bhs Cina, P.Islam)
- Sekolah kebangssan Tamil ( BM, BI, Bhs Tamil, P.Islam)
- Sekolah kebangsaan pendidikan khas (masalah pembelajaran,pendengaran, penglihatan)
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2016 (11: 59 malam)
Cara memohon IPG 2016:
- Permohonan boleh dibuat secara online mulai 10 Mac 2016 di link ini: LINK(akan dikemaskini pada 10 Mac 2016.)
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan setiap kursus.
- pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini bila - bila masa sehingga tarikh tutup.
- Selepas membuat permohonan, pemohon akan diberikan nombor rujukan.
- Simpan no rujukan untuk tujuan semakan akan datang.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
Berikut adalah calon yang tidak layak untuk memohon:
- Pemohon yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarajana Muda Pendidikan Guru di institusi-institusi perguruan seluruh Malaysia.
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di institusi Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah , jenayah atau tindakan mahkamah.