Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa kejuruteraan di bawah tajaan JPA ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman kini dibuka.
Permohonan dibuka mulai 4 Mac 2016 sehingga 10 Mac 2016 11 pagi. anda diminta untuk mengisi secepat mungkin ini kerana tarikh yang diberikan untuk mengisi adalah singkat.
Permohonan dibuka mulai 4 Mac 2016 sehingga 10 Mac 2016 11 pagi. anda diminta untuk mengisi secepat mungkin ini kerana tarikh yang diberikan untuk mengisi adalah singkat.
Syarat permohonan JPA Jepun, Korea, Perancis, German 2016
Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan
- 20 tahun bagi pelajar peralihan);
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan tajaan dari mana- mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
Syarat Khusus
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah;
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/
- Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral;
- Bahasa Inggeris;
- Fizik;
- Kimia;
- Matematik Tambahan; dan
- Tidak mempunyai sebarang gred C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.
Untuk permohonan: POHON